Aplikasi Pungutan Data LINUS merupakan sistem Pengkalan Data yang dibina dengan menggunakan Perisian Applikasi MSOffice Access Format 2000. Sistem ini bertujuan memudahkan pihak SEKOLAH / PPD / JPN dalam usaha mengumpul dan memproses data LINUS.
1. Pengenalan
1.1 Pengurusan Penggunaan Aplikasi dan Data LINUS
1.1.1 Aplikasi ini perlu digunakan di semua sekolah rendah untuk mengumpulkan data LINUS.
1.1.2 Guru Besar perlu menetapkan guru yang bertanggungjawab mengurus dan memastikan data LINUS (Literasi dan Numerasi) dilengkapkan sebelum dihantar ke PPD. Kedua-dua komponen data mestilah dikumpul menggunakan satu aplikasi sahaja (satu komputer).
1.1.3 Data LINUS dalam bentuk text file (rujuk perkara 5) hendaklah dihantar ke PPD masing-masing kepada pegawai yang menguruskan data LINUS. Pegawai Pelajaran Daerah hendaklah menentukan pegawai yang bertanggungjawab mengumpul, menyatu dan menghantar data daerah yang lengkap ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Data LINUS (komponen Literasi dan Numerasi) hendaklah digabung menggunakan satu aplikasi sahaja (satu computer).
1.1.4 Pengarah Pelajaran Negeri (u.p. Sektor Pengurusan Akademik) perlu menetapkan pegawai yang bertanggungjawab menguruskan data LINUS di negeri masing-masing.
1.1.5 Data LINUS peringkat negeri yang lengkap (mengandungi kedua-dua komponen dan dari semua sekolah) hendaklah dihantar kepada Urusetia LINUS di KPM untuk penggabungan dan analisis peringkat kebangsaan. Sekolah yang tiada murid LINUS juga perlu menghantar data.
1.1.6 Tarikh-tarikh pengurusan data di peringkat sekolah, PPD dan JPN mestilah dipatuhi agar analisis yang lengkap dapat dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan (sila rujuk surat siaran KPM).
1.2 Bidang Kerja Utama
Kerja-kerja utama pengurusan data LINUS di peringkat sekolah adalah seperti berikut :
1.2.1 Instalasi aplikasi LINUS iaitu dbLINUSSek.
1.2.2 Penggabungan maklumat murid tahun 1 dari SMM iaitu dari C:\HEM\SMMData.mdb . SMMData.mdb di sekolah mesti berada di dalam folder C:\HEM .
1.2.3 Pengisian Data LINUS.
1.2.4 Eksport data ke disket A atau ke drive C:\LINUS\
1.2.5 Penghantaran 4 text file ke PPD masing-masing iaitu DatLIN.txt, GuruLIN.txt, MuLIN.txt dan TSekLIN.txt.
1.2.5.1 Jika menggunakan disket, hantarkan disket yang mengandunggi 4 text file ini ke PPD.
1.2.5.2 Jika melalui e-mail, CD atau pen-drive, compress 4 file ini ke zip file, rename dan copy untuk di hantar ke PPD (rujuk 5.1).
2. Keperluan Sistem Komputer
Keperluan minima sistem komputer untuk melaksanakan program ini adalah :
i) Operasi Windows adalah OS XP
ii) Komputer Pentium 4 ke atas
iii) Minimum 256 MB RAM
iv) Ruang cakera keras 20 MB
v) Tetikus
3. Instalasi Aplikasi Pungutan Data LINUS
3.1. LINUSSek dibekalkan dalam disket atau CD. Program ini telah dimampatkan dengan menggunakan Applikasi Wise dan berfungsi secara automatik.
3.2. Masukkan disket atau CD Program ke dalam pemacu.
– Hight light dan klik dua kali pemacu berkaitan atau
– Hight light LINUSSek.exe dan dari menu bar –File : open, atau
– Pastikan Hight Light LINUSSek.exe, Klik kanan dan tekan Open
– Program Aplikasi Pungutan Data LINUS akan di salin ke dalam pemacu keras ‘C’. Ikut arahan seterus dengan menekan atau klik butang Berikut sehingga butang Tamat keluar. Tekan/Klik butang Tamat.
3.3 Program C:\LINUS\dbLINUSSek.mdb akan dibina secara automatik dan akan tersimpan dalam folder ‘C:\LINUS\
3.4 Shortcut akan dibina secara automatik di desktop. Gunakan butang shortcut tersebut untuk menggunakan aplikasi ini.
4. Langkah-langkah Penggunaan Aplikasi (Pendaftaran) :-
4.1 Buka program dari desktop. Paparan seperti di bawah akan keluar.
4.2 Pendaftaran Sekolah.
Sila daftarkan sekolah anda dengan menekan/klik butang PENDAFTARAN, diikuti dengan butang SEKOLAH. Kemudian pilih negeri, PPD dan sekolah. Maklumat lain akan dipaparkan secara automatik.
Jika maklumat lengkap dan betul, tekan butang DAFTAR dan teruskan dengan Penggabungan Maklumat Murid Tahun 1 (perkara 4.4)
Jika maklumat yang dipaparkan tidak lengkap atau sekolah tiada dalam senarai, sila buat pendaftaran sebagai sekolah baru melalui DAFTAR SEKOLAH BARU (4.3).
4.3 Daftar Sekolah Baru.
Tekan butang DAFTAR SEKOLAH BARU. Paparan seperti di bawah akan ditunjukkan. Isikan setiap ruang yang dipaparkan. Setelah selesai, sila tekan DAFTAR.
4.4 Penggabungan Maklumat Murid Tahun 1 dari SMM.
Sila pastikan data SMM sekolah telah dimasukkan ke pemacu C sebelum melaksanakan operasi ini. Penggabungan akan dilaksanakan secara automatic dengan menekan/klik butang PENDAFTARAN diikuti oleh butang GABUNG SMM.
4.5 Pendaftaran Murid.
Klik/Tekan butang PENDAFTARAN, dan pilih butang MURID.
Senarai nama murid tahun 1 (yang telah digabungkan dengan C:\HEM\SMMData.mdb) akan dipaparkan seperti di bawah.
Jika terdapat maklumat yang perlu dibetulkan, sila buat pindaan maklumat di sini.
4.6 Pendaftaran Guru.
Klik/Tekan butang PENDAFTARAN, dan pilih butang GURU.
Sila daftar semua guru yang mengajar LINUS. Memasukkan semua maklumat yang diperlukan dengan huruf besar.
5. Langkah-langkah Penggunaan Aplikasi (Pendaftaran Manual) :-
5.1 Jika Data SMM tidak dapat dijanakan kemungkinan disebabkan beberapa masalah teknikal, sila gunakan Pendaftaran Manual.
5.2 Pendaftaran Sekolah.
Sila daftarkan sekolah anda dengan menekan/klik butang PENDAFTARAN MANUAL, diikuti dengan butang SEKOLAH. Kemudian pilih negeri, PPD dan sekolah. Maklumat lain akan dipaparkan secara automatik.
Jika maklumat lengkap dan betul, tekan butang DAFTAR dan teruskan dengan Penggabungan Maklumat Murid Tahun 1 (perkara 4.4)
Jika maklumat yang dipaparkan tidak lengkap atau sekolah tiada dalam senarai, sila buat pendaftaran sebagai sekolah baru melalui DAFTAR SEKOLAH BARU (4.3).
5.3 Daftar Sekolah Baru.
Tekan butang DAFTAR SEKOLAH BARU. Paparan seperti di bawah akan ditunjukkan. Isikan setiap ruang yang dipaparkan. Setelah selesai, sila tekan DAFTAR.
5.4 Daftar Kelas
Sila Pilih Pendaftaran Manual dan tekan butang Kelas. Taipkan Tahun, Darjah, Nama Kelas dan Nama Guru Kelas. Kemudian mesti tekan butang Tambah untuk update data.
5.5 Pendaftaran Murid.
Klik/Tekan butang PENDAFTARAN MANUAL, dan pilih butang MURID.
Sila taipkan SB/No. KP, Nama (Huruf Besar), Pilih Jantina, Kaum, Darjah(Drj), Nama Kelas (Nkelas), Tarikh Lahir (Tkh. Lahir), Kod Negeri (Kod. Neg), Status OKU, Warganegara (Warga). Pastikan semua maklumat diisikan.
5.6 Pendaftaran Guru.
Klik/Tekan butang PENDAFTARAN MANUAL, dan pilih butang GURU.
Sila daftar semua guru yang mengajar LINUS. Memasukkan semua maklumat yang diperlukan dengan huruf besar.
5.7 Pengisian data LINUS.
Tekan/Klik butang DATA dan pilih LINUS. Paparan SARINGAN seperti di bawah akan ditunjukkan.
i. Mulakan dengan memilih kod saringan, kelas dan murid mengikut nombor SB/NoKP. Tentukan sama ada murid telah mengikuti prasekolah atau tidak.
ii. Isikan markah Literasi dan Numerasi.
a. Literasi.
Masukan markah sebenar yang diperlui murid untuk setiap konstruk. Tahap penguasaan (Y/T) akan dipaparkan secara automatik.
b. Numerasi.
Berdasarkan panduan saringan LINUS, tentukan tahap penguasaan murid untuk setiap konstruk. Jika murid menguasai konstruk tersebut, tick ruang yang disediakan.
6.0 Export dan Import Data.
Sila pastikan kedua-dua komponen LINUS (Literasi dan Numerasi) telah dilengkapkan sebelum melaksanakan proses ini.
Tekan butang IMPORT/EXPORT
6.1 Compress File.
Empat text file akan terbina di C:\LINUS setelah butang sekolah ditekan. Empat text file itu ialah DatLIN.txt, MuLIN.txt, GuruLIN.txt dan TSekLIN.txt. Keempat-empat text file itu boleh dicompresskan dalam bentuk zip
Sila rename compressed folder tersebut dengan kod dan nama sekolah masing-masing. Hantarkan folder tersebut ke PPD masing-masing melalui email, CD atau pen-drive.
Jika export melalui A, terdapat empat text file iaitu DatLIN.txt, MuLIN.txt, GuruLIN.txt dan TSekLIN.txt. Hantarkan disket ini ke PPD masing-masing (tidak perlu compress)
6.2 Import dan Gabung Data Peringkat Sekolah
Operasi ini hanya perlu dilaksanakan jika pengisian data LINUS dibuat menggunakan komputer yang berbeza seperti mengikut kelas, mengikut komponen LINUS (Literasi dan Numerasi) atau mengikut guru.
Pihak sekolah disaran untuk menggunakan satu komputer sahaja bagi memasukkan data LINUS untuk mengelakkan masalah sampingan yang mungkin timbul.
Jika komputer yang berlainan digunakan, data LINUS dari komputer yang berbeza perlu digabungkan dalam satu komputer sebelum dihantar ke PPD. Laksanakan langkah berikut untuk menggabungkan data.
Extract empat file tersebut ke dalam C:\LINUS atau atau klik 2 kali zip file tersebut, copy dan paste ke dalam C:\ LINUS.
Tekan butang IMPORT/EXPORT dan kemudain tekan butang IMPORT
7.0 Preview Paparan Maklumat Sekolah.
Aplikasi ini dilengkapi dengan paparan analisis LINUS setelah data sekolah dimasukkan. Paparan yang akan ditunjukkan ialah senarai nama murid, paparan graf murid (individu), statistik LINUS dan kod warna tahap penguasaan LINUS sekolah. Untuk melihat paparan, laksanakan langkah berikut;
7.1 Pilih Sekolah
7.2 Pilih Saringan :
i. Pilih kod saringan yang terpapar di bahagian bawah (1 )
ii. Pilih murid untuk mempaparkan graf. (2 )
iii. Kod warna sekolah :
Kod warna sekolah yang menggambarkan tahap penguasaan LINUS akan terpapar apabila sekolah telah dipilih.
iv. Paparan Jantina dan Kaum.
Paparan sekolah juga ada menunjukkan statistik jantina dan kaum. Untuk melihat kaum-kaum yang lain, klik 2 kali pada MB (Melayu/Bumiputra).
v. Paparan Penguasaan LINUS
Satu paparan statistik ringkas berkaitan tahap penguasaan LINUS akan dapat dilihat di bahagian kanan skrin. Di dalam paparan contoh seperti di bawah, terdapat 9 orang murid yang menduduki Saringan 1. Semua 9 orang murid menguasai Literasi (membaca dan menulis). Dari segi numerasi pula, terdapat 5 orang murid yang tidak menguasai Lisan Numerasi walaupun semua murid menguasai Bertulis Numerasi. Oleh yang demikian, 5 orang murid dikategorikan tidak menguasai Numerasi dan ini juga menjadikan bilangan murid yang tidak menguasai LINUS adalah 5 orang murid.
vi. Paparan Penguasaan Murid dalam LINUS,
Klik 2 kali pada kod saringan dan paparan senarai murid yang menduduki Saringan 1 berserta keputusannya sedia untuk dicetak.
8. Catatan
Untuk keluar dari aplikasi, sila klik pada menu keluar. Jika tidak boleh, klik pada butang X di penjuru atas sebelah kanan.
Aplikasi ini akan digunakan untuk saringan 2 dan juga untuk tahun akan datang. Untuk memasukkan data LINUS Saringan 2, laksanakan langkah-langkah bermula dengan 4.7. Guru perlu memilih murid-murid yang terlibat dengan program LINUS melalui nombor SB/NOKP. Sila pastikan murid yang berkenaan sahaja dipilih.
Pada tahun hadapan, semua murid tahun 1 2010 (kumpulan pertama) akan menduduki komponen Numerasi. Komponen Literasi pula hanya akan melibatkan murid yang tidak menguasai selepas Saringan 2.
Kutipan data LINUS untuk murid tahun 1 2011 akan menggunakan aplikasi yang sama. Walau bagaimanapun, aplikasi yang mengandungi data murid tahun 1 2010 hendaklah terlebih dahulu disalin (copy) dan disimpan berasingan. Setelah salinan dibuat, kosongkan data dalam aplikasi asal dengan menekan HAPUS DATA. Kemudian mulakan pengisian data dengan melaksanakan langkah 4.4 dan seterusnya.
Data LINUS untuk setiap kohort murid hendaklah disimpan dalam aplikasi yang berasingan supaya data ujian-ujian Saringan dapat dimasukkan tanpa menjejaskan data kohort yang berlainan.