love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Monday, March 1, 2010

Tulusnya Kanak-Kanak Pra-Sekolah

Punya comel. Hampir semua 30 orang kanak-kanak Pra-Sekolah SK Bukit Kalam yang berada di Taman Pertanian Kilan pagi tadi, separas sahaja tingginya. Melihatkan keletah mereka, sesiapa sahaja boleh sebak menyedari betapa tulusnya hati kanak-kanak ini. Sesungguhnya mereka ini betul-betul seperti kain putih yang menunggu masa dan waktu untuk dicorakkan. Lambakkanlah apa sahaja kepada mereka, mereka bersedia menerima dan mencuba tanpa ada rasa prejudis. Wajah-wajah cerah itu begitu gembira, ceria dan mulus, tidak sabar untuk menerima apa sahaja arahan guru-guru mereka. Begitu mempercayai. Terharunya.

Semua mata hati yang melihat, sudah tentu akan jatuh sayang dan kasih kepada mata-mata bundar dan pipi montel mereka. Bibir mereka tidak berhenti mengomel itu ini. Gelihati melihatkan keletah mereka cuba mengeja, berlumba memberi pendapat serta bersaing menunjukkan kebolehan masing-masing. Hebat guru-guru Pra-Sekolah yang berjaya, dalam masa yang sesingkat ini, mendidik kanak-kanak ini dengan penerapan disiplin yang amat baik. Dengan sokongan ibubapa dan keluarga di rumah, tidak mustahil kanak-kanak ini akan menjadi rakyat Malaysia yang amat berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak.

Sayangilah mereka. Bimbingilah mereka. Mereka ini masa depan negara kita.