love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Thursday, February 4, 2010

Frequently Asked Questions About LINUS (FAQs)

Apa itu LINUS?
Linus ialah singkatan Literasi Numerasi Saringan yang menggabungkan kemahiran literasi dan numerasi dalam satu program khusus.
Kenapa perlu ada LINUS?
LINUS merupakan kesinambungan kepada program KIA2M dan ProTiM yang menggabungkan literasi dan numerasi dalam program berkenaan.
Adakah KIA2M sama dengan LINUS?
LINUS merangkumi literasi dan numerasi sedangkan KIA2M hanya melibatkan kemahiran 2M membaca dan menulis.
Adakah LINUS hanya dijalankan untuk Tahun 1?
Ya untuk 2010.
Adakah murid pendidikan khas terlibat dengan program LINUS?
Tidak. Murid berkeperluan khas akan diuruskan oleh guru pendidikan khas
Murid yang bagaimana perlu dirujuk kepada doktor?
Murid yang dikesan oleh guru yang mengalami masalah tegar dalam proses pembelajaran mereka.
Mengapa program 3M di sekolah seringkali berubah?
Untuk memastikan teknik pembelajaran terkini diperkenalkan di dalam alam pendidikan.
Adakah peluang untuk anak LINUS masuk ke aliran perdana?
Ya.
Bolehkah guru LINUS yang sama mengajar BM dan Matematik Boleh. Walau bagaimanapun pihak pentadbir diminta menetapkan guru yang berlainan mengajar kelas-kelas berkenaan supaya pelaksanaan LINUS dapat dijalankan dengan berkesan.
Bagaimana untuk melaksanakan LINUS jika murid berbeza tidak menguasai BM dan Matematik?
Literasi dilaksanakan oleh guru BM, numerasi dilaksanakan oleh guru matematik dengan dibantu oleh guru pemulihan.
Adakah murid LINUS ini dinafikan untuk mengikuti pelajaran lain?
Tidak. LINUS hanya diajar pada masa mata pelajaran BM dan Matematik sahaja.
Adakah Matematik diajar dalam Bahasa Melayu?
Tidak sehingga 2011.
Bagaimana pihak sekolah mengenal pasti pelajar LINUS?
Pelajar yang tidak menguasai konstruk 1-8 dalam saringan 1.
Ke manakah hala tuju murid yang masih belum menguasai 3M pada tahun 2012 ?
Program PROTIM.
Bagaimanakah cara penulisan Rancangan Harian bagi guru yang mengajar di kelas yang menjalankan aliran perdana dan LINUS serentak?
Seperti biasa cuma diletakkan nota kaki / pada ruang catatan.
Bagaimana guru boleh mengesan kelemahan murid melalui saringan yang dijalankan?
Apabila mereka tidak menguasai kemahiran yang diuji.
Adakah perlu murid menjalani ujian diagnostik untuk mengesan kelemahan dan kekuatan sebenar murid?
Ya.

Strategi Pemantauan LINUS

Konsep Pemantauan Dan Penyeliaan
Satu proses mendapatkan maklumat yang merangkumi aktiviti memerhati, menilai dan membimbing pengurusan dan pelaksanaan LINUS di sekolah khasnya proses P&P bagi memastikan matlamat Program LINUS tercapai.

Objektif Pemantauan
Pemantauan bertujuan untuk :

► menilai sejauh mana impak Program LINUS terhadap pembelajaran murid
► mengesan sejauh mana sekolah mengurus pelaksanaan Program LINUS.
► menilai sejauh mana guru dapat melaksanakan proses P&P berdasarkan garis panduan pelaksanaan Program LINUS.

Modus Operandi LINUS Peringkat Negeri
  • Mesyuarat Khas Pengurusan (telah dilaksanakan)
  • Taklimat kepada semua Pegawai  (akan dilaksanakan)
  • Penubuhan Jawatankuasa LINUS Negeri (akan dilaksanakan)
  • Taklimat LINUS kepada Pengurusan Sekolah (telah dilaksanakan)
  • Mesyuarat JK Pemantauan LINUS (akan dilaksanakan)
  • Perancangan Pemantauan LINUS (telah dilaksanakan)
  • Taklimat Pemantauan LINUS kepada sekolah (telah dilaksanakan)
  • Pemantauan Pentadbiran Saringan 1, 2 & 3 (akan dilaksanakan)
  • Pemantauan Pengurusan Data Saringan 1, 2 & 3 (akan dilaksanakan)
  • Pemantauan P&P LINUS (akan dilaksanakan)
  • Mesyuarat Pelaporan LINUS (akan dilaksanakan)
  • Pelan Tindakan Penambahbaikan (akan dilaksanakan)
Pelaksanaan Pemantauan
  • Melibatkan semua pemantau sekolah sepanjang tahun.
  • Menggunakan instrumen pemantauan yang disediakan.
  • Pembentangan hasil pemantauan.
  • Pelaporan peringkat dalaman negeri.
  • Tindakan susulan dan penambahbaikan.

Prinsisp 'ERRC' Dalam Pemantauan LINUS
ELIMINATE

Tanggapan / Prasangka negatif.
Konsep pemantauan dan penyeliaan (sekolah / negeri).
Ketidakaselarasan pemantauan.
Karenah birokrasi pelaksanaan.
REDUCE

Ketidaksefahaman di antara pelaksana / pentadbir / pembuat dasar.
Arahan pelaksanaan yang tidak seragam.
Instrumen pemantauan yang rigid.
RAISE

Akauntabiliti JPN.
Semangat kepunyaan di kalangan semua yang terlibat.
Kerjasama / pemuafakatan.
Sistem penyampaian yang terancang dan berfokus.
CREATE

Strategi pemantauan terancang dan berfokus.
Instrumen pemantauan yang telus dan mantap.
Pembentukan pasukan pemantauan yang mantap.
Input / dapatan pemantauan terperinci / telus dan menyeluruh.

Peranan Guru Pemulihan Dalam Membantu Guru LINUS

Panduan ini mencadangkan amalan yang patut diikuti oleh semua guru pemulihan khas dan juga semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan program pemulihan khas dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Diharapkan ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan Literasi dan Numerasi (Program LINUS).

“Program Pemulihan Khas ialah satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”

“Murid Pemulihan Khas pula ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
Murid LINUS  Tegar (telah disahkan oleh Pegawai Perubatan sebagai Murid Bekeperluan Khas) yang tidak menguasai konstruk 1 & 2 akan dibantu oleh guru pemulihan khas. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.  

Tanggungjawab dan Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas

a) Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
b) Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal:
   -Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
c) Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
d) Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
f) Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid
Punca dan Bidang Kuasa
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986
(Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

Pelaksanaan Latihan Guru Kursus LINUS 2010

  • Latihan guru dilakukan secara on-site selama 3 hari secara berpusat.
  • Latihan dilakukan di sekolah dengan bimbingan Fasilinus selama 2-3 jam seminggu.
  • Mekanisme pelaksanaan program sokongan guru di sekolah (Mentor-Mentee).
  • Guru memprakstiskan secara aktif strategi sebenar dan proses thinking berlaku.

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pihak Pentadbir Sekolah

Pengurusan Sekolah :
Sistem Fail : Perkeliling, surat-menyurat, data, biodata guru LINUS dan yang berkaitan. Sistem Jadual Waktu bagi LINUS
i. Blok waktu Bahasa Malaysia dan Matematik
ii. “Binding Class”

Pemantauan LINUS
Meletakkan Guru yang terbaik / Cemerlang
Pengurusan tempat
Peralatan, bahan dan kewangan

Guru LINUS :
Guru yang dipilih daripada Guru tahun 1 Bahasa Malaysia / Matematik.
Murid LINUS dalam kelompok yang besar ( 20 orang).
Boleh dilakukan dalam kelas pembelajaran.
Pastikan murid dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dan boleh mengikuti kelas di aliran perdana.
Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid sekiranya masih tidak dapat menguasai kemahiran.

Guru Pemulihan LINUS :

Guru yang dipilih daripada Guru Pemulihan sedia ada / baru.
Murid LINUS dalam kelompok yang kecil (1 - 4 orang)
Boleh dilakukan dalam Kelas Pemulihan / yang sesuai.
Pastikan murid dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dan boleh mengikuti kelas di aliran perdana.
Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid sekiranya masih tidak dapat menguasai kemahiran.