Monday, January 25, 2010
Percutian Hooray Hooray Keluarga MJ Datang Lagi

Berbeza dengan dua tahun pertama, tahun ini segala perancangan diterajui oleh golongan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Beza, memang berbeza. Kalau dahulu, moto kumpulan veteran - Bersedia! Semuanya 'Projek Besar - Priority Ones', dari sebesar-besar hal sehinggalah ke perkara yang remeh. Golongan muda pula berhubung melalui face book dan ada akta rahsia masing-masing. Tercabar gak ego golongan veteran bila mereka dipinggirkan dan semuanya - biarlah rahsia. Fakhrul (wakil AJK aktif )seorang sahaja yang hadir. Terpaksalah dia mengemukakan bermacam-macam alasan kukuh dan tidak dilupakan juga, rapuh, untuk mempertahankan kedudukan belia di mata kumpulan veteran.
Tuan Pengerusi yang sepertimana selalunya - masih tidak mahu digulingkan, masih ketinggalan dengan bermacam-macam hal. Setiausaha - Yah Yot Bosanova masih lambat tangkap konsep. Mak Ngah sebagai Ketua Taiko, tetap ampuh dengan serangan-serangan flash dan tidak pernah teragak-agak melesing siapa saja yang perlu dilesing. Alhamdulillah, semua yang hadir tahan maki.
Semoga perancangan yang diatur mendapat keberkatan Ilahi dan program Percutian Hooray Hooray Keluarga MJ 2010 akan berlangsung dengan jayanya. Seperti biasa, objektif Hari Keluarga ialah untuk mengeratkan silaturrahim dan merafakkan rasa syukur ke hadrat Illahi yang mengukuhkan kasih sayang keluarga MJ.
Subscribe to:
Posts (Atom)