love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Saturday, January 16, 2010

Kasih Sayang Sempurna

Alhamdulillah, dengan kurnia rahmat Allah s.w.t., dapat saya kesempatan meluahkan apa yang selalunya sukar diungkapkan secara lisan. Kasih sayang sempurna. Tiada kasih yang lebih sempurna dari kasihnya Allah s.w.t. dan tentunya Nabi Muhammad s.a.w kepaada umatnya.

Namun begitu, sebagai insan biasa, di penghujung umur dunia ini, kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa hidup kita seharian dilimpahi kasih sayang. Samada kita sedar atau tidak, setiap detik kita mendambakan kasih sayang sempurna. Dari yang Maha Esa, dari Rasullullah, dari keluarga, hatta dari persekitaran kita ini pun.

Pada saya, kasih sayang sempurna, tidak lain, tidak bukan, datangnya dari keluarga sendiri. Kehebatan ikatan kasih sayang keluarga, walau diuji macamanapun, akan tetap utuh, teguh, berpanjangan membawa ke mati. Ujian masa, keadaan, walau apapun sekali cobaan dan dugaan yang mendatang dalam berbagai situasi, kasih sayang sempurna keluargalah yang memberikan jawapan kepada semua persoalan kehidupan. Semoga Allah s.w.t. makbulkan doa saya dan keluarga - kukuh ukhuwah dan dilimpahi rahmat kasih sayang.

Kepada anda semua yang masih ada kelaurga, TERUTAMA ibu dan bapa, luangkanlah masa untuk mencari ruang untuk bersama-smaa mereka. Sayangilah keluarga kita.


Pakaian bertemakan Tahun 50-an di Hari Keluarga MJ 2009

Taklimat LINUS Di Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Guru Penyayang 2010 SK St.Anne, Pekan Satu dan SK Tanjung Aru.

Pada hari Jumaat (15/01/10) yang lepas, bertempat di Dewan C.U.N. SK Pekan Satu telah berlangsung Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Guru Penyayang 2010.  Pada masa yang sama juga, majlis yang serupa diadakan di SK Tanjung Aru. Sementara itu, majlis seumpama ini telahpun dilangsungkan dengan jayanya di SK St.Anne pada 9 Januari 2010 yang lalu.

Program ini telah dihadiri oleh sebilangan ramai ibu bapa pelajar Tahun Satu. Syabas diucapkan kerana kesemua sekolah ini telah merangkumkan taklimat LINUS ke dalam program bersama ibubapa mereka itu. Ibu bapa yang hadir telah dimaklumkan secara terperinci mengenai program ini dan bagaimana ianya dapat membantu pembelajaran anak-anak mereka. Jelas mereka bersyukur dengan program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ini kerana ianya khusus untuk membantu penguasaan 3M yang lebih baik di kalangan pelajar Tahun Satu. Ibu bapa jelas dan faham akan kepentingan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira ini diterapkan awal ke dalam jiwa anak-anak. Selain dari taklimat LINUS, pihak ibubapa juga dimaklumkan mengenai Kelas Pemulihan dan Pendidikan Khas untuk anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran.

Semoga dengan berbagai usaha semua pihak ini, anak-anak di WP Labuan akan mendapat manfaat yang sebaik-baiknya. Secara tidak langsung, jumlahpelajar yang memerlukan pemulihan, dapat dikurangkan, sepertimana yang disarankan oleh Tn.Pengarah Pelajaran WP Labuan.

Terima kasih.

Program Transisi Guru Penyayang

Program Transisi Guru Penyayang telah dijalankan dengan jayanya sepanjang dua minggu pertama Januari 2010 di semua Sekolah Rendah di WP Labuan. Kejayaan program ini tidak akan dicapai tanpa kesungguhan semua pihak yang terbabit. Perancangan yang rapi membantu memastikan pelajar-pelajar Tahun Satu menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolah yang lebih formal ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penyelaras Program Transisi Guru Penyayang Sekolah, guru Tahun Satu dan semua yang terlibat yang telah bertungkus lumus memastikan budaya belajar berjaya diterapkan di dalam jiwa anak-anak ini.

Semoga segala pengorbanan, keprihatinan dan penat lelah tuan puan ini diberkati. Marilah bersama-sama kita meningkatkan harapan dan semangat untuk sama-sama memastikan pendidikan anak-anak ini adalah yang terbaik.



Terima kasih cikgu.

Manual Pentadbiran Instrumen Literasi Menulis

1. Menulis huruf vokal dan huruf konsonan

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis huruf vokal dan huruf konsonan mengikut urutan yang betul.
Item contoh
Menulis huruf vokal yang dibunyikan oleh guru.
Menulis huruf konsonan yang disebut oleh guru.
Kaedah Pentadbiran – huruf vokal
Guru - Menyebut huruf vokal kepada murid dan minta murid menulis huruf tersebut.
Murid - Menulis huruf vokal yang disebut oleh guru pada ruangan yang disediakan
Kaedah Pentadbiran – huruf konsonan
Guru - Menyebut huruf konsonan kepada murid dan minta murid menulis huruf tersebut.
Murid - Menulis huruf konsonan yang disebut oleh guru pada ruangan yang disediakan

2. Menulis suku kata terbuka

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis suku kata terbuka.
Item contoh
Cantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata terbuka.
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata terbuka
Murid - Mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata terbuka pada ruangan yang disediakan.

3. Menulis perkataan suku kata terbuka

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis perkataan suku kata terbuka.
Item contoh
Cantumkan suku kata yang diberi bagi membentuk perkataan.Kaedah Pentadbiran
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk perkataan suku kata terbuka
Murid - Mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata terbuka pada ruangan yang disediakan.

4. Menulis suku kata tertutup

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis suku kata tertutup.
Item contoh
Cantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata tertutup.
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk perkataan suku kata tertutup.
Murid - Mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata tertutup pada ruangan yang disediakan.

5. Menulis perkataan suku kata tertutup

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup.
Item contoh
Cantumkan suku kata yang diberi bagi membentuk perkataan.
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk perkataan suku kata tertutup.
Murid - Mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata tertutup pada ruangan yang disediakan.

6. Menulis perkataan yang mengandungi suku kata vokal tunggal

Penerangan
Kebolehan menguasai pengetahuan menulis perkataan yang mengandungi suku kata vokal tunggal.
Item contoh
Mengisi tempat kosong dengan suku kata vokal tunggal yang betul.
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid mengisi tempat kosong dengan suku kata vokal tunggal.
Murid - Mengisi tempat kosong dengan suku kata vokal tunggal yang betul pada ruangan yang disediakan.

7. Menulis perkataan suku kata tertutup ‘ng’

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup ‘ng’.
Item contoh
Menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’ pada gambar yang sesuai.
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’ yang disediakan berdasarkan gambar yang diberikan
Murid - Menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’ pada gambar yang diberi

8. Menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding

a. Penerangan
Kebolehan menguasai pengetahuan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Item contoh
Menulis perkataan yang mengandungi diftong yang berikut.
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid menulis perkataan yang mengandungi diftong berganding yang disediakan berdasarkan gambar
Murid - Menulis perkataan yang mengandungi diftong pada ruang yang disediakan.
b. Penerangan
Kebolehan menguasai pengetahuan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Item contoh
Menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding yang berikut.
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding yang disediakan berdasarkan gambar
Murid - Menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding pada ruang yang disediakan.

9. Menulis perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’.
Item contoh
Menulis perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’ .
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid menulis perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’berdasarkan gambar.
Murid - Menulis perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’ pada gambar yang diberi.

10. Menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis perkataan berimbuhan awalan atau akhiran.
Item contoh
Tulis perkataan berdasarkan gambar .
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid menulis perkataan berdasarkan gambar.
Murid - Menulis perkataan beridasarkan gambar.

11. Menulis ayat mudah.

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis ayat mudah .
Item contoh
Menyusun dan menulis perkataan menjadi ayat yang betul.
Kaedah Pentadbiran
Guru - Meminta murid menyusun dan menulis semula perkataan menjadi ayat mudah.
Murid - Menyusun dan menulis semula perkataan menjadi ayat mudah.

12. Memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan.


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menulis berdasarkan bahan rangsangan.
Item contoh

Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Kaedah Pentadbiran

a. Guru - Meminta murid memerhatikan gambar yang disediakan.
    Murid - Memerhatikan gambar yang disedikan.
b. Guru - Minta murid melengkapkan ayat
    Murid - Melengkapkan ayat
* Penilaian guru berdasarkan ayat yang dibina oleh murid.

Konstruk 12

Membaca dan memahami petikan


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca dan memahami petikan.

Item contoh
Membaca dan memahami petikan yang berikut.

                        Ini gajah.

                        Kulit gajah warna kelabu.
                        Gajah ada dua telinga.
                        Gajah juga ada belalai dan gading.
                        Saya melihat gajah di zoo.

              1. Kulit gajah warna apa?

              2. Ada berapa telinga gajah?
              3. Di manakah kamu melihat gajah?

Kaedah Pentadbiran

a. Guru - Tunjuk petikan kepada murid
  Murid - Membaca petikan
b. Guru - Setelah murid habis membaca petikan. Soal murid soalan pemahaman.
     1. Kulit gajah warna apa?
     2. Ada berapa telinga gajah?
     3. Di manakah kamu melihat gajah?

Murid - Menjawab soalan kefahaman
     1. Kulit gajah warna kelabu.
     2. Gajah ada dua telinga.
     3. Saya melihat gajah di zoo.

Konstruk 11

Membaca ayat mudah


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca ayat mudah.

Item contoh
Membaca ayat mudah yang berikut
        Ini buku.
        Kakak makan nasi.
        Abang suka pancing ikan.
        Rumah saya tepi pantai.

Kaedah Pentadbiran
Guru - Tunjuk ayat kepada murid
Murid - Membaca ayat

        Ini buku.                                  - dibaca ‘ini buku’
        Kakak  makan nasi.                 - dibaca ‘kakak makan nasi’
        Abang suka pancing ikan          - dibaca ‘abang suka pancing ikan’
        Rumah di tepi pantai                 - dibaca ‘rumah saya di tepi pantai’

Konstruk 10

Membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.

Item contoh
Membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang berikut.
       terjatuh         berdiri         makanan         melompat         tulisan

Kaedah Pentadbiran

Guru - Tunjuk perkataan kepada murid
Murid - Membaca perkataan
       terjatuh       - dibaca ‘terjatuh’

       berdiri         - dibaca ‘berdiri’
       makanan     - dibaca ‘makanan’
       melompat    - dibaca ‘melompat’
       tulisan         - dibaca ‘tulisan’

Konstruk 9

Membaca perkataan yang mengandungi digraf dan dan konsonan berganding


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’.

Item contoh
Membaca perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’ yang berikut.
      bunga        nyamuk       tanya      syarat        nyaring

Kaedah Pentadbiran
Guru - Tunjuk perkataan kepada murid
Murid - Membaca perkataan
      bunga       - dibaca ‘bunga'
      nyamuk    - dibaca ‘nyamuk’
      tanya        - dibaca ‘tanya’
      syarat       - dibaca ‘syarat’
      nyaring     - dibaca ‘ nyaring’

Konstruk 8

Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding dan diftong


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding dan diftong .

Item contoh
Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding dan diftong yang berikut.
     pulau       daun       petai       saat       biola

Kaedah Pentadbiran

Guru - Tunjuk perkataan kepada murid
Murid - Membaca perkataan

     pulau       - dibaca ‘pulau’

     daun        - dibaca ‘daun’
     petai        - dibaca ‘petai’
     saat         - dibaca ‘saat'
     biola        - dibaca ‘biola’

Konstruk 7

Membaca perkataan yang mengandungi vokal tunggal


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi vokal tunggal

Item contoh
Membaca perkataan yang mengandungi vokal tunggal yang berikut.
     emak       otak       ekor       ular       ayam

Kaedah Pentadbiran

Guru - Tunjuk perkataan kepada murid
Murid - Membaca perkataan yang ditunjukkan
       emak      - dibaca ‘emak’
       otak       - dibaca ‘otak’
       ekor       - dibaca ‘ ekor’
       ular         - dibaca ‘ular’
       ayam       - dibaca ‘ ayam’

Konstruk 6

Membaca perkataan suku kata tertutup ‘ng’


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca perkataan suku kata tertutup ‘ng’

Item contoh

Membaca perkataan suku kata tertutup ‘ng’ yang berikut.
    kucing      balang      kambing      tolong      terung

Kaedah Pentadbiran

Guru - Tunjuk perkataan kepada murid
Murid - Membaca perkataan

   kucing     - dibaca ‘kucing'
   balang     - dibaca ‘balang’
   kambing  - dibaca ‘ kambing''
   tolong     - dibaca ‘tolong’
   terung     - dibaca ‘ terung’

Konstruk 5

Membaca perkataan suku kata tertutup


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca perkataan suku kata tertutup.

Item contoh
Membaca perkataan suku kata tertutup yang berikut.

     belon      siram     dapur     lukis    botol

Kaedah Pentadbiran

Guru - Tunjuk perkataan kepada murid
Murid - Membaca perkataan

     belon     - dibaca ‘belon’

     siram     - dibaca ‘siram’
     dapur    - dibaca ‘dapur’
     lukis      - dibaca ‘lukis’
     botol     - dibaca ‘botol’

Konstruk 4

Membunyikan suku kata tertutup

Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup.

Item contoh
Membunyikan suku kata tertutup yang berikut
    bat     dik    suk     tom     ker
Kaedah Pentadbiran

Guru - Tunjuk suku kata kepada murid
Murid - Mengeja dan membunyikan suku kata

    bat      - dibunyikan ‘bat’
    dik      - dibunyikan ‘dik’
    sut      - dibunyikan ‘sut'
    tom     - dibunyikan ‘tom’
    ker      - dibunyikan ‘ ker’

konstruk 3

Membaca perkataan suku kata terbuka


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka.

Item contoh

Membaca perkataan suku kata terbuka yang berikut.
    buku      kaki      lada      kera     bola

Kaedah Pentadbiran

Guru - Tunjuk perkataan kepada murid
Murid - Membaca perkataan

     buku      - dibaca ‘buku’

     kaki       - dibaca ‘kaki’
     lada       - dibaca ‘lada’
     kera       - dibaca ‘kera’
     bola       - dibaca ‘bola’

Konstruk 2

Membunyikan suku kata terbuka


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran membunyikan suku kata terbuka.

Item contoh
Membunyikan suku kata terbuka yang berikut
    mu    na    ti    ke    bo
Kaedah Pentadbiran
Guru - Tunjuk suku kata kepada murid
Murid - Membunyikan suku kata

    mu     - m … u dibunyi ‘muu’
    na      - n  … a dibunyi ‘naa’
    ti        - t   … i dibunyi ‘tii’
    ke      - k … e dibunyi ‘kee’
    bo      - b … o dibunyi ‘boo’

Majlis Penutupan Program Transisi Guru Penyayang SK Layang-Layangan

Majlis ini telah diatur dengan begitu baik sekali. Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK program yang jelas telah bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar. Dari mula melangkah masuk ke kawasan sekolah, kelihatan sudah gemilangnya acara pada pagi ini.

Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG, En Sudin Samad, diserikan dengan persembahan cilik anak-anak Tahun 1. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak ini menggambarkan keyakinan yang berjaya diterapkan oleh guru-guru sepanjang tempoh program transisi ini dilaksanakan.

Harapan saya ialah guru-guru dan anak-anak ini meneruskan semangat untuk cemerlang dan gemilang di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Tidak mustahil jika 5, 8, 10 tahun akan datang, anak-anak ini la yang akan mewarnai pentas kejayaan negara. Merekalah pewaris bangsa.

Syabas dan terima kasih warga SK Layang-Layangan.

Konstruk 1

Menamakan huruf vokal serta menamakan huruf konsonan


Penerangan
Keupayaan menguasai kemahiran menamakan dan membunyikan huruf vokal serta menamakan huruf konsonan.

Item contoh
a) Menamakan dan membunyikan huruf vokal yang berikut.
     i    a    o    e    u
b) Menamakan huruf konsonan yang berikut.
     b   t     l     h     k    p
Kaedah Pentadbiran – huruf vokal

Guru - Tunjuk huruf kepada murid
Murid - Menamakan huruf
             i    disebut ‘ii'
            a    disebut ‘aa’
            o    disebut ‘oo’
            e     disebut ‘ee’
            u     disebut ‘uu’

Kaedah Pentadbiran – huruf konsonan

Guru - Tunjuk huruf kepada murid
Murid - Menamakan huruf

            b     disebut ‘b'
            t      disebut ‘t’
            l      disebut ‘l’
            h     disebut ‘h'
            k     disebut ‘k’
            p     disebut ‘p’

Manual Pentadbiran Instrumen Rintis Literasi Membaca

Definisi Literasi

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Proses Saringan

Proses saringan untuk mengenal pasti tahap literasi murid menggunakan 12 konstruk keupayaan membaca, iaitu:

Konstruk 1 - Menamakan huruf vokal serta menamakan huruf konsonan
Konstruk 2 - Membunyikan suku kata terbuka
Konstruk 3 - Membaca perkataan suku kata terbuka
Konstruk 4 - Membunyikan suku kata tertutup
Konstruk 5 - Membaca perkataan suku kata tertutup
Konstruk 6 - Membaca perkataan suku kata tertutup ‘ng’
Konstruk 7 - Membaca perkataan yang mengandungi vokal tunggal
Konstruk 8 - Membaca perkataan yang mengandungi vokal
                     berganding dan diftong
Konstruk 9 - Membaca perkataan yang mengandungi digraf dan
                     konsonan berganding
Konstruk 10 - Membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
Konstruk 11 - Membaca ayat mudah
Konstruk 12 - Membaca dan memahami petikan