Pada hari Jumaat (15/01/10) yang lepas, bertempat di Dewan C.U.N. SK Pekan Satu telah berlangsung Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Guru Penyayang 2010. Pada masa yang sama juga, majlis yang serupa diadakan di SK Tanjung Aru. Sementara itu, majlis seumpama ini telahpun dilangsungkan dengan jayanya di SK St.Anne pada 9 Januari 2010 yang lalu.
Program ini telah dihadiri oleh sebilangan ramai ibu bapa pelajar Tahun Satu. Syabas diucapkan kerana kesemua sekolah ini telah merangkumkan taklimat LINUS ke dalam program bersama ibubapa mereka itu. Ibu bapa yang hadir telah dimaklumkan secara terperinci mengenai program ini dan bagaimana ianya dapat membantu pembelajaran anak-anak mereka. Jelas mereka bersyukur dengan program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ini kerana ianya khusus untuk membantu penguasaan 3M yang lebih baik di kalangan pelajar Tahun Satu. Ibu bapa jelas dan faham akan kepentingan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira ini diterapkan awal ke dalam jiwa anak-anak. Selain dari taklimat LINUS, pihak ibubapa juga dimaklumkan mengenai Kelas Pemulihan dan Pendidikan Khas untuk anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran.
Semoga dengan berbagai usaha semua pihak ini, anak-anak di WP Labuan akan mendapat manfaat yang sebaik-baiknya. Secara tidak langsung, jumlahpelajar yang memerlukan pemulihan, dapat dikurangkan, sepertimana yang disarankan oleh Tn.Pengarah Pelajaran WP Labuan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment