love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Saturday, January 16, 2010

Kasih Sayang Sempurna

Alhamdulillah, dengan kurnia rahmat Allah s.w.t., dapat saya kesempatan meluahkan apa yang selalunya sukar diungkapkan secara lisan. Kasih sayang sempurna. Tiada kasih yang lebih sempurna dari kasihnya Allah s.w.t. dan tentunya Nabi Muhammad s.a.w kepaada umatnya.

Namun begitu, sebagai insan biasa, di penghujung umur dunia ini, kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa hidup kita seharian dilimpahi kasih sayang. Samada kita sedar atau tidak, setiap detik kita mendambakan kasih sayang sempurna. Dari yang Maha Esa, dari Rasullullah, dari keluarga, hatta dari persekitaran kita ini pun.

Pada saya, kasih sayang sempurna, tidak lain, tidak bukan, datangnya dari keluarga sendiri. Kehebatan ikatan kasih sayang keluarga, walau diuji macamanapun, akan tetap utuh, teguh, berpanjangan membawa ke mati. Ujian masa, keadaan, walau apapun sekali cobaan dan dugaan yang mendatang dalam berbagai situasi, kasih sayang sempurna keluargalah yang memberikan jawapan kepada semua persoalan kehidupan. Semoga Allah s.w.t. makbulkan doa saya dan keluarga - kukuh ukhuwah dan dilimpahi rahmat kasih sayang.

Kepada anda semua yang masih ada kelaurga, TERUTAMA ibu dan bapa, luangkanlah masa untuk mencari ruang untuk bersama-smaa mereka. Sayangilah keluarga kita.


Pakaian bertemakan Tahun 50-an di Hari Keluarga MJ 2009

1 comment:

  1. Betul. Saya amat bersetuju. Kasih sayang merupakan satu bentuk rasa jiwa dan naluri yang tulus, tanpa dipaksa akan hadir dan terpancar dalam setiap manusia yang ada di dunia ini. Namun cara menzahirkannya terlalu berbeza antara satu sama yang lain. Tidak dapat dinafikan keluargalah satu-satunya gelanggang memupuk kasih sayang ini untuk mengalir dengan sempurna di sepanjang hidup seseorang. Kepada rakan yang masih punya keluarga yang saling mengerti dan ada ruang untuk berbicara, dekati dan sayangilah keluarga anda. Jika satu hari nanti tiba masanya kita kehilangan satu demi satu ahli keluarga, untuk meletakkan kasih sayang itu sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Walau diimbau sejumlah kenangan yang menjajar masa, semua itu hanya kenangan. Kepada mereka yang hidupnya sentiasa dilimpahi kasih sayang, hargailah mereka yang mencurahkan kasih sayang secara percuma. Adakah untuk menghargai kasih sayang itu terlalu mahal hingga tidak tertanggung dan tertunai hatta sedikitpun pada peluang yang sebentar?

    ReplyDelete