love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Thursday, March 11, 2010

Hampir Dah...

Hari ini baru 11 Mac 2010. Ada lagi 9 hari untuk terlaksananya waktu yang dinanti-nantikan oleh ahli keluarga MJ : First Annual MJ Family Bowling Tournament 2010. Bahang sudah mula dirasakan oleh semua potensi pemain setiap kumpulan. Tambahan musim-musim panas ini. Masing-masing asyik mengatur strategi yang tidak pernah teratur-atur. Asyik dirombak adalah. Samseng Kampung Dusun tidak pernah memikirkan kemungkinan mereka akan kalah. Tidak sama sekali. Beratus sudah duit dibelanjakan Taikonya untuk memastikan kejayaan nanti, samada dari segi psikologi ke, strategi ke, wallahualam. Pakaian seragam? Hmm, memang susah pasukan lain hendak menyaingi. Sudahlah cantik, mahal, ada kelaslah pulak. Apabila dengan sengajanya menayangkan t-shirt kumpulan kepada pesaing lemah yang lain, riak, riak sungguh kami.

Hadiah-hadiah yang bakal diterima bukan calang-calang hadiah. Diimport khas dari seberang laut. Dari WP Labuan. Bertuah badan yang menang. Piala Pusingan? Berpusinglah mata mereka yang mungkin tidak menang nanti. Tidak kurang juga yang siap sudah penat buat latihan julang hadiah. Kalau melihatkan komen-komen di facebook mengenai acara ini, kumpulan lain sekadar boleh menang sorak. Ipoh Bar? Ada Irwan konon. Tidak mengapa. Irwan sibuk dengan anak baru, tidak sempat buat latihan. Mesej kepada pemain-pemain Bosanova : Bola yang dicari yang boleh memuatkan kesemua 5 jari, masih belum tercipta. Kepada Lu Pikirlah Sendiri, cadangan untuk mengasapkan kemenyan pada bola dan kasut boling, mustahil sungguh untuk direalisasikan.

Apa pun yang terjadi, yang pastinya, semangat sudah samada berkobar-kobar atau lemah, tidaklah boleh dijangka untuk kumpulan mana. Persiapan yang paling penting - bersedia untuk sakit perut ketawa sepanjang kejohanan tersebut. Ayie, Kamal, Aswad, Cik Apek, Pengerusi dan mangkuk tambah yang lain, pasti tidak akan lekang dengan dialog-dialog P.Ramlee. Pengerusi, Yah Yot, Mak Tam, Mak Ngah, mesti tidak akan ketinggalan dengan kekecohan mereka. Pak Ngah akan sentiasa ada untuk meredakan keadaan. Nasib baik Cik Ala tidak ada nanti. Kalau tidak, tentu kecoh majlis jadinya dengan kelembapan menangkapnya. Ayoi, Adik, Abang dan semestinya, ACU, pasti digeruni. Semoga Allah memberkati acara kami nanti. Apa yang penting, ukhuwah dan kasih sayang keluarga bertambah-tambah erat lagi nanti.

Strategi Mengatasi Murid Lulus Mata Pelajaran Kritikal Tetapi Gagal Mata Pelajaran Lain

MURID LULUS MATA PELAJARAN KRITIKAL TETAPI GAGAL MATA PELAJARAN LAIN

Kenalpasti murid yang lulus mata pelajaran kritikal tetapi gagal mata pelajaran lain.
 Berapa ramai murid terlibat?
 Apakah nama murid?
 Tahun berapa?

Bagi setiap murid yang telah dikenalpasti, tentukan mata pelajaran apa yang murid ini gagal dan berapa mata pelajaran yang murid ini gagal.
 Mata pelajaran apa yang murid ini gagal?
 Berapa mata pelajaran semuanya murid ini gagal?

Maklumkan nama-nama murid yang gagal kepada guru mata pelajaran yang berkenaan.
Ini senarai murid yang LULUS mata pelajaran kritikal tetapi GAGAL dalam mata pelajaran yang cikgu ajar.Mungkin lebih dari seorang guru mata pelajaran yang terlibat.

Bagi setiap mata pelajaran yang murid itu gagal, semak markahnya dan tentukan tahap kegagalannya sama ada GL, GP atau GK.
 Gagal tetapi berapakah markahnya?
 Adakah tahap kegagalan murid itu dalam kategori GL atau GP atau GK?

Guru mata pelajaran mengatur program untuk memastikan murid tersebut LULUS dalam mata pelajaran yang diajarnya.
Berdasarkan tahap kegagalan murid :

a. GL – Gerenti LULUS, oleh itu pastikan semua murid dalam kategori ini LULUS
b. GP – Potensi LULUS, oleh itu pastikan sebahagian besar murid dalam kategori ini LULUS
c. GK – Kritikal, memerlukan usaha yang lebih untuk lulus

Tindakan berfokus.
Kenalpasti kelemahan murid yang menyebabkan mereka gagal.
 Apakah kelemahan murid ini?

 Apakah kemahiran-kemahiran yang belum mereka kuasai?
….. yang menyebabkan mereka hilang markah dan gagal

Guru mata pelajaran menyediakan program berfokus untuk mengatasi kelemahan murid.
Tindakan segera : Program pemulihan, latihan, latih tubi, teknik mengingat, modul atau apa sahaja yang boleh mengatasi kelemahan murid.

Guru m/pelajaran menilai keberkesanan tindakan samada berjaya atau tidak. Jika masih gagal perlu usaha lagi sehingga murid berkenaan lulus.
Perlu pastikan pelajar ini lulus untuk mengelakkan gagal silang. Segala usaha dan tindakan perlu diambil untuk memastikan murid berkenaan LULUS.

Mengatasi Kelemahan Murid

1. Senaraikan nama murid mengikut tahap pencapaian.
2. Senaraikan kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti.
3. Senaraikan kemahiran-kemahiran yang belum dikuasai.

Cadangan tindakan yang diputuskan diperinci dan didokumentasi untuk tujuan perlaksanaan.

1. Tajuk Program/projek
2. Kumpulan Sasar
3. Rasional
4. Matlamat
5. Kumpulan Sasar
6. Tempoh Pelaksanaan
7. Strategi Pelaksanaan/Pelan Bertindak
8. Pemantauan dan Penilaian
9. Tindakan Susulan
Difailkan dalam fail yang boleh ditambah.

1. Pemantauan terhadap perlaksanaan program sepanjang masa

2. Penilaian terhadap keberkesanan program
3. Jika masih gagal mencapai objektif mungkin perlu lakukan kajian semula, penyesuaian atau perubahan.

Kegagalan mengatasi kelemahan murid bermakna kita merelakan murid tersebut gagal mencapai target yang telah ditetapkan, samada target cemerlang atau target lulus. Tindakan berfokus dan segera mengatasi kelemahan murid perlu dilakukan supaya murid dapat mengatasi kelemahan dan seterusnya dapat menjawab soalan dengan betul. Selagi kelemahan tersebut tidak diatasi, selagi itulah murid ini tidak akan dapat menjawab soalan dengan betul dan akan gagal mencapai target yang telah ditetapkan untuknya.

Menambah Bilangan Murid Lulus

Tindakan berdasarkan status markah murid :

                           Gerenti LULUS (30 – 39) : GL – Gagal tapi gerenti boleh LULUS.

1. Hanya memerlukan kurang dari 10 markah untuk LULUS.
2. Pastikan SEMUA murid dalam kumpulan ini LULUS.
3. Tindakan guru :
a. Kenalpasti kelemahan murid – apakah kemahiran yang belum dikuasai sehingga murid ini hilang markah gagal.
b. Atasi kelemahan murid – melalui pelbagai program berfokus seperti pemulihan, latihan, latihtubi, teknik mengingat, penggunaan modul atau apa saja tindakan untuk memastikan kelemahan murid diatasi dan kemahiran yang belum dikuasai dapat dikuasai.
c. Selagi perkara a dan b di atas tidak dilakukan selagi itulah murid akan gagal.
d. Mencadangkan kepada murid tindakan-tindakan yang perlu mereka ambil untuk membolehkan mereka lulus misalnya mengulangkaji sekurang-kurangnya 3 jam sehari, perbanyakan membuat latihan dsb. Memaklumkan dan memberi keyakinan kepada murid bahawa mereka gerenti lulus jika mereka lakukan apa yang dicadangkan.

               Potensi Lulus (15 – 29) : GP – Gagal tapi berpotensi untuk lulus

1. Murid dalam kumpulan ini walaupun gagal mempunyai potensi untuk lulus.
2. Jangan ketepikan kumpulan ini kerana mereka ada kebolehan dan kemampuan. Jika mereka tidak ada kemampuan, sudah tentu markah mereka tidak pada tahap ini.
3. Pastikan SEBAHAGIAN BESAR murid dalam kumpulan ini LULUS.
4. Tindakan guru :
a. Kenalpasti kelemahan murid – apakah kemahiran yang belum dikuasai sehingga murid ini hilang markah dan gagal.
b. Atasi kelemahan murid – melalui pelbagai program berfokus seperti pemulihan, latihan, latihtubi, teknik mengingat, penggunaan modul atau apa saja tindakan untuk memastikan kelemahan murid diatasi dan kemahiran yang belum dikuasai dapat dikuasai.
c. Selagi perkara a dan b di atas tidak dilakukan selagi itulah murid ini tidak akan lulus.
d. Boleh juga gunakan kaedah penguasaan kemahiran terpilih iaitu dalam banyak-banyak kemahiran yang belum dikuasai, pilih kemahiran yang jika diberi penekanan murid dapat menguasainya. Kaedah ini memerlukan guru mengenalpasti kemahiran yang memenuhi keperluan minimum untuk lulus (Minimum Requirement Syllabus). Kemudian pastikan murid menguasai lebih sedikit dari keperluan minimum untuk lulus.
e. Memaklumkan kepada murid bahawa mereka ada potensi untuk lulus dan mencadangkan kepada murid tindakan-tindakan yang perlu mereka ambil untuk membolehkan mereka lulus misalnya mengulangkaji sekurang-kurangnya 3 jam sehari, perbanyakan membuat latihan, hadir ke sekolah setiap hari, hadir ke kelas tambahan, gunakan masa seabaiknya, tangguh dulu tengok tv dsb.

                         Gagal Kritikal (0 - 15) :

1. Tidak ramai murid dalam kategori ini.
2. Kumpulan ini masih boleh diberi harapan untuk lulus tetapi memerlukan usaha yang lebih.
3. Guru tidak usah kecewa jika kumpulan murid ini gagal memberikan reaksi seperti yang diharapkan.
4. Tindakan guru : sama seperti di atas





Strategi Menambahkan Bilangan Pelajar Mendapat 'A' Dalam Mata Pelajaran

Menambahkan Bilangan Murid Yang Mendapat A

Tindakan berdasarkan status markah murid :
                             B (70 – 79) : Gerenti A - pastikan dapat A

1. Hanya memerlukan kurang dari 10 markah untuk mendapat A
2. Pastikan SEMUA murid dalam kumpulan ini mendapat A.
3. Tindakan guru :
a. Kenalpasti kelemahan murid – apakah kemahiran yang belum dikuasai sehingga murid ini hilang markah dan gagal dapat A.
b. Atasi kelemahan murid – melalui pelbagai program berfokus seperti pemulihan, kelas tambahan berfokus, latihan, latihtubi, teknik mengingat, penggunaan modul atau apa saja tindakan untuk memastikan kelemahan murid diatasi dan kemahiran yang belum dikuasai dapat dikuasai.
c. Selagi perkara a dan b di atas tidak dilakukan selagi itulah murid akan gagal mendapat A.
d. Memaklumkan kepada murid potensi A yang ada pada mereka dan mencadangkan kepada murid tindakan-tindakan yang perlu mereka ambil untuk membolehkan mereka mendapat A misalnya mengulangkaji sekurang-kurangnya 3 jam sehari, perbanyakan membuat latihan dsb.

                        B (60 – 69) : Potensi A – ada peluang dapat A

1. Hanya memerlukan antara 11-19 markah untuk mendapat A.
2. Pastikan SEBAHAGIAN BESAR murid dalam kumpulan ini mendapat A.
3. Tindakan guru :
a. Kenalpasti kelemahan murid – apakah kemahiran yang belum dikuasai sehingga murid ini hilang markah dan gagal dapat A.
b. Atasi kelemahan murid – melalui pelbagai program berfokus seperti pemulihan, kelas tambahan berfokus, teknik mengingat, penggunaan modul, latihan, latihtubi atau apa saja tindakan untuk memastikan kelemahan murid diatasi dan kemahiran yang belum dikuasai dapat dikuasai.
c. Selagi perkara a dan b di atas tidak dilakukan selagi itulah murid akan gagal mendapat A.
d. Memaklumkan kepada murid potensi A yang ada pada mereka dan mencadangkan kepada murid tindakan-tindakan yang perlu mereka ambil untuk membolehkan mereka mendapat A misalnya mengulangkaji sekurang-kurangnya 3 jam sehari, perbanyakan membuat latihan dsb.

                            B/C (50 - 59) : Potensi A - Boleh dapat A
1. Memerlukan 21- 30 markah untuk mendapat A.
2. Pastikan sebahagian murid dalam kumpulan ini mendapat A.
3. Tindakan guru :
a. Kenalpasti kelemahan murid – apakah kemahiran yang belum dikuasai sehingga murid ini hilang markah dan gagal dapat A.
b. Atasi kelemahan murid – melalui pelbagai program berfokus seperti pemulihan, kelas tambahan berfokus, penggunaan modul, teknik mengingat, latihan, latihtubi atau apa saja tindakan untuk memastikan kelemahan murid diatasi dan kemahiran yang belum dikuasai dapat dikuasai.
c. Selagi perkara a dan b di atas tidak dilakukan selagi itulah murid akan gagal mendapat A.
d. Boleh juga gunakan kaedah penguasaan kemahiran terpilih iaitu dalam banyak-banyak kemahiran yang belum dikuasai, pilih kemahiran yang jika diberi penekanan murid dapat menguasainya. Kaedah ini memerlukan guru mengenalpasti kemahiran yang memenuhi keperluan minimum untuk mendapat A. Kemudian pastikan kumpulan murid ini menguasai lebih sedikit dari keperluan minimum.
e. Memaklumkan kepada murid potensi A yang ada pada mereka dan mencadangkan kepada murid tindakan-tindakan yang perlu mereka ambil untuk membolehkan mereka mendapat A misalnya mengulangkaji sekurang-kurangnya 3 jam sehari, perbanyakan membuat latihan dsb.

Telah terbukti berdasarkan keputusan UPSR yang lalu bahawa murid yang berada dalam kategori Potensi A (60-69) dan (50-59) boleh mencapai gred A. Ini berlaku kerana keberkesanan tindakan guru mata pelajaran mengenalpasti kelemahan murid dan mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan tersebut. Juga ada dilaporkan bahawa ada murid yang mendapat markah 47 dalam peperiksaan percubaan berjaya mendapat A dalam mata pelajaran tertentu. Ini menunjukkan bahawa jika kita bertindak dengan sewajarnya kita boleh membantu murid mencapai gred yang kita harapkan.

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

RASIONAL
  • Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

  • Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

  • Kebanyakan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

  • PPSMI telah melebarkan jurang pencapaian Sains dan Matematik antara murid bandar dan luar bandar.

  • Penggunaan bahasa Malaysia perlu diperkukuhkan sebagai bahasa perpaduan untuk membina jati diri dan negara bangsa.

  • Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankan tentang perlunya penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan sebagai bahasa perpaduan.
MEMPERKUKUH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
Cadangan menambah waktu pengajaran BI di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Tahap Satu SK               - Tambahan 90 minit menjadi 330 minit.
Tahap Dua SK               -  Tambahan 90 minit menjadi 300 minit.
Tahap Satu SJK             - Tambahan 60 minit menjadi 120 minit.
Tahap Dua SJK             - Tambahan 30 minit menjadi 120 minit.
Tingkatan 1 - 5               - Tambahan 80 minit menjadi 280 minit
Tingkatan 6                     - Tambahan 80 minit menjadi 400 minit.

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS
  • Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA.
  • Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid).
  • Menyediakan bahan bacaan BI.
  • Memperkenalkan language arts dalam P&P BI.
STRATEGI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
  • P&P Sains dan Matematik dalam BM di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala BC di SJKC dan BT di SJKT.
  • Menambah waktu P&P BM di SJKC dan SJKT.
  • Menggunakan ICT dalam P&P BM.
  • Menyediakan bahan bacaan BM.
  • Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P BM.
  • Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di SK dan SMK (Tingkatan 1 hingga 5) manakala BC di SJKC dan BT di SJKT.
  • Bermula pada 2012 dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama BC digunakan di SJKC dan BT di SJKT.
  • Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.
PENDEKATAN SOFT-LANDING

  • Guru digalakkan mengajar Sains dan Matematik dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah.

  • P&P bagi Tahun 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, Tahun 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016 akan dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan Sains dan Matematik UPSR akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2016.

  • P&P Tingkatan 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, dan Tingkatan 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan Sains dan Matematik SPM akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2015.

Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan Ke Arah Peningkatan Pencapaian Murid

Tugas rutin pentadbiran pengkhususan adalah untuk memastikan pelaksanaan program-program khas anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan jabatan di laksanakan sesempurna mungkin. Apabila berlakunya pengkhususan, alangkah cantiknya apabila wujudnya inovasi program akademik yang berlandaskan modal insan. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, warga pendidik mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengajaran dan pembelajaran terkini agar tidak ketinggalan dalam arus globalisasi pendidikan. Kemahiran tertentu seperti penguasaan ICT dan strategi terbaik P&P, akan dapat membantu warga pendidik ini mendalami kurikulum seperti sepatutnya.

Penterjemahan yang lengkap dan jelas mengenai kurikulum hendaklah diberikan kepada semua Guru Kanan, guru baru dan Guru Bukan Opsyen. Ini akan membantu dalam peningkatan kepakaran dalam aspek mata pelajaran dan pedagogi. Di samping itu, tidak dinafikan bahawa komunikasi interpersonal amatlah tidak boleh disisihkan, terutama untuk memastikan bahawa anak didik kita merasa selesa dengan budaya pembelajaran terbuka. Secara tidak langsung apabila timbulnya perasaan tidak tergugat di dalam mengejar ilmu, amalan membaca bahan akademik akan terus dibudayakan oleh warga sekolah.

Malang sekali, tidak dapat kita ketepikan beberapa masalah yang sering mengiringi perkembangan dunia pendidikan. Seringkali timbul isu-isu yang menghalang proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Kekangan masa di kalangan guru-guru adalah di antaranya. Pengulangan kerja yang sama juga membebankan. Masalah guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran tertentu, sudah menjadi kelaziman. Semua ini boleh mengganggu-gugat pelaksanaan P&P berkesan. Dari itu, adalah penting untuk pihak pentadbir untuk memperkenalkan dan memulakan budaya perubahan ke arah sesuatu yang lebih kondusif, relatif dan efektif kepada warga sekolah. Perubahan-perubahan positif ini akan lebih memantapkan  proses peningkatan pencapaian akademik. Di samping kecemerlangan akademik, keberkesan di dalam bidang kokurikulum juga tidak wajar dipandang mudah. Berbagai siri lawatan, penglibatan di dalam bidang sukan dan jnuga berpesatuan akan membantu membina keyakinan diri pelajar. Seterusnya apa yang diidamkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek, akan terlaksana. Insyallah.