Tugas rutin pentadbiran pengkhususan adalah untuk memastikan pelaksanaan program-program khas anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan jabatan di laksanakan sesempurna mungkin. Apabila berlakunya pengkhususan, alangkah cantiknya apabila wujudnya inovasi program akademik yang berlandaskan modal insan. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, warga pendidik mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengajaran dan pembelajaran terkini agar tidak ketinggalan dalam arus globalisasi pendidikan. Kemahiran tertentu seperti penguasaan ICT dan strategi terbaik P&P, akan dapat membantu warga pendidik ini mendalami kurikulum seperti sepatutnya.
Penterjemahan yang lengkap dan jelas mengenai kurikulum hendaklah diberikan kepada semua Guru Kanan, guru baru dan Guru Bukan Opsyen. Ini akan membantu dalam peningkatan kepakaran dalam aspek mata pelajaran dan pedagogi. Di samping itu, tidak dinafikan bahawa komunikasi interpersonal amatlah tidak boleh disisihkan, terutama untuk memastikan bahawa anak didik kita merasa selesa dengan budaya pembelajaran terbuka. Secara tidak langsung apabila timbulnya perasaan tidak tergugat di dalam mengejar ilmu, amalan membaca bahan akademik akan terus dibudayakan oleh warga sekolah.

No comments:
Post a Comment