Punya comel. Hampir semua 30 orang kanak-kanak Pra-Sekolah SK Bukit Kalam yang berada di Taman Pertanian Kilan pagi tadi, separas sahaja tingginya. Melihatkan keletah mereka, sesiapa sahaja boleh sebak menyedari betapa tulusnya hati kanak-kanak ini. Sesungguhnya mereka ini betul-betul seperti kain putih yang menunggu masa dan waktu untuk dicorakkan. Lambakkanlah apa sahaja kepada mereka, mereka bersedia menerima dan mencuba tanpa ada rasa prejudis. Wajah-wajah cerah itu begitu gembira, ceria dan mulus, tidak sabar untuk menerima apa sahaja arahan guru-guru mereka. Begitu mempercayai. Terharunya.
Semua mata hati yang melihat, sudah tentu akan jatuh sayang dan kasih kepada mata-mata bundar dan pipi montel mereka. Bibir mereka tidak berhenti mengomel itu ini. Gelihati melihatkan keletah mereka cuba mengeja, berlumba memberi pendapat serta bersaing menunjukkan kebolehan masing-masing. Hebat guru-guru Pra-Sekolah yang berjaya, dalam masa yang sesingkat ini, mendidik kanak-kanak ini dengan penerapan disiplin yang amat baik. Dengan sokongan ibubapa dan keluarga di rumah, tidak mustahil kanak-kanak ini akan menjadi rakyat Malaysia yang amat berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak.
Sayangilah mereka. Bimbingilah mereka. Mereka ini masa depan negara kita.
No comments:
Post a Comment