love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Wednesday, January 27, 2010

Seronoknya Mengajar



Kesempatan kerap berkursus dan berjumpa, membuatkan saya banyak didedahkan dengan kisah-kisah guru mengajar di dalam kelas. Macam-macam pengalaman yang mereka tempuhi dalam memastikan anak murid, samada yang dedikasi, yang nakal, mahu pun yang susah hendak dikategorikan sebagai pelajar, berjaya di dalam pembelajaran mereka. Kisah-kisah ini acap kali mengundang rasa kagum, gelihati, terkejut, sebak dan macam-macam lagi perasaan yang tidak dijangkakan. WP Labuan beruntung kerana mempunyai ramai guru yang bersungguh-sungguh mengajar anak bangsa, tanpa mengira penat lelah. Memberikan kelas tambahan kepada mereka yang memerlukan, sudah menjadi lumrah kehidupan mereka. Menghabiskan masa seharian di sekolah membuat berbagai tugasan yang kadangkala tiada kaitan dengan proses P&P kadangkala sudah menjadi budaya dengan kehidupan mereka. Dua hari lepas, saya mendengar cerita bagaimana seronok dan puasnya hati Cikgu Yahya di SM St.Anne mengajar di kelasnya. Kepuasan amat dirasakan apabila murid memberikan tindakbalas positif pada P&P yang berjalan. Apabila guru seronok, pelajar turut rasa seronok. Apatah lagi apabila suasana di dalam kelas riuh rendah dengan aktiviti pembelajaran berkesan ini. Apabila guru rasa terkesan sebegitu, ini merupakan kejayaan yang hebat di dalam kariernya. Beberapa minggu sudah pula saya berjumpa dengan En.Hasnan di SK Pekan Satu yang meluahkan rasa hatinya. Beliau sentiasa mengubah rutinnya untuk memastikan perasaan jemu tidak menjenguk. Berbagai projek dijalankan untuk pelajar dan juga dirinya untuk memastikan keberkesanan yang maksimum tercapai. Cik Suriani di SK Layang-Layangan pula sentiasa mencari aktiviti yang menyeronokkan. Kehadiran beliau sentiasa dinanti-nantikan murid. En.Roziman pula dengan gayanya tersendiri membuatkan murid sentiasa tercari-cari beliau. Cik Jasmini di SMK Mutiara, walau dibebani dengan waktu mengajar yang penuh, di samping tugasan lain yang mencabar keimanan, namun tetap dengan ketelitian dan kesungguhannya. Komitmen mereka inilah yang menarik perhatian saya. Pn.Chin di SM Sains, Cik Yoke Peng di SM Teknik dan En.Cally di SMK Labuan pula, rakan-rakan guru saya ini memang terkenal dengan kesempurnaan tugasan mereka. Walau kerap keluar berkursus, persiapan rapi untuk proses P&P yang mereka sediakan, membuatkan mereka tidak pernah menghampakan. P&P mereka di dalam bilik darjah amat menyenangkan mata memandang. Keberkesanan P&P mereka terbukti pada setiap keputusan peperiksaan yang dijalankan. Murid-murid yang ditanya tidak teragak-agak menyatakan keberkesanan hasil pengajaran guru-guru hebat ini. Banyak lagi kisah keberkesan guru di dalam kelas yang akan saya luahkan dari masa ke semasa. Kalaulah saya dapat menjadi sehebat mereka mencorakkan masa depan murid....


Pentadbir Sekolah-Sekolah Labuan

Kehebatan rakan-rakan pentadbir dalam menjalankan tugas masing-masing, memang memukau. Di pulau Labuan yang indah permai ini, idea dan sumbangsaran mereka dalam menjayakan pentadbiran boleh membuatkan saya iri hati. Ada di antara mereka memang terkenal di seluruh Labuan dengan kebolehan masing-masing, dan ada juga yang seumpama bunga kemboja di hujung laman, tidak kelihatan keindahannya selagi tidak ada usaha untuk mengamatinya. Para Pengetua dan Guru Besar di sini memang mempunyai kehebatan masing-masing. Cik Shim dari St.Anne umpamanya. Beliau amat berkaliber dalam menjalankan tugas. Hampir tiada yang terlepas dari pandangan beliau. Walau tegas, keprihatinan beliau dalam pelbagai hal memang tidak boleh dinafikan. En.Sahar menggunakan bertahun-tahun pengalaman beliau bekerja di BPK dan juga jabatan, untuk mentadbir hal ehwal kurikulum dengan baik sekali. Pn.Rosni, yang suatu masa digeruni kerana ketegasan beliau melaksanakan tugas, kini adalah antara pentadbir yang disayangi kakitangannya. Dari dahulu hingga kini, saya amat kagum dengan kehebatan beliau dalam membangunkan SMK TP Bedaun. Prasarana yang sedia cantik dihiaskan dalam semua aspek sehinggakan berjaya menimbulkan suasana yang sungguh kondusif untuk proses P&P. Beruntung guru-guru dan kakitangan yang berada di bawah pentadbiran mereka ini. Begitu juga dengan Pn.Chan, Pn.Raiki, En.Abdol Sappar, Pn.Sinduri, En.Mat Long, Pn.Ma dan ramai lagi. Tidak ketinggalan kumpulan GPK yang sentiasa menyokong kelancaran pentadbiran. En.Louren, dari dahulu lagi, tidak dapat dipersoalkan kaliber beliau, dalam bidang mengajar ataupun menyelaras. Kelebihan beliau ialah dapat menjangka dengan baik sekali the cause and effect factors dalam urusan seharian. Pn.Donna, En.Yahya, En.Bustamih, PnSharifah, Pn.Diah, Pn.Wahibah, Pn.Mahani, Pn.Siti Aminah, Pn.Saadiah, En.Rizal, Pn.Anita, Tn.Pangiran, En.Jaffar, Pn.Norainie, malah ramai lagi, amat membantu dalam melancarkan jentera pentadbiran sekolah. Tanpa mereka, tidak mungkin tahap pendidikan di Labuan akan berada di tahap ini sekarang. Begitu juga guru-guru dengan sokongan  mendukung hasrat yang sama iaitu untuk melihat kejayaan peningkatan pencapaian prestasi akademik yang baik pada tahun 2011 tercapai dengan jayanya. Terima kasih semua.