love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Monday, February 22, 2010

Wajarkah Kita Risau?

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kita boleh berusaha keras, menggunakan berbagai kaedah dan cara untuk mencapai kehendak kita masing-masing. Guru-Guru Tahun Satu saya sepanjang dua bulan ini, memang telah bersungguh-sungguh mengajar murid-murid kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Malah keputusan Ujian Diagnostik Program Transisi Guru Penyayang Tahun Satu yang lalu, menunjukkan hampir 65 peratus pelajar, belum lagi menguasai kemahiran asas tersebut. Dari pemantauan dan laporan yang didapati dari mereka, rata-rata, tidak ramai pelajar dapat menguasai kemahiran dalam 12 Konstruk yang terdapat dalam Program LINUS. Bimbang. Guru-guru saya amat bimbang. Mereka sudah jangka, malah amat mengetahui corak perkembangan anak-anak murid Tahun Satu ini mengikut bulan dalam setiap tahun. Mereka sudah masak dengan karenah dan kebolehan murid-murid. Mereka yang pakar. mereka yang saban hari berhadapan dengan anak-anak ini. Mereka yang arif tentang kaedah mana yang perlu digunakan untuk mendapatkan kesan yang bagaimana. Itu memang kelebihan guru-guru saya.

Saringan 1 Program LINUS akan dijalankan minggu hadapan. Anak-anak ini akan disaring menggunakan kemahiran dalam 12 Konstruk tersebut. Tekanan untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk sekolah masing-masing amat dirasakan guru-guru ini. Tiada guru yang masih bersikap selamba. Semua peka dengan Carta Gant Program LINUS. Kebimbangan mereka amat berasas. Ada guru yang memaklumkan kepada saya, terdapat sebilangan besar murid yang masih belum menguasai kemahiran mengenali abjad. Patutlah mereka kuatir. Jika saya berada di dalam situasi ini pun, saya akan tentunya bimbang.

Budaya kita melihat kepada angka yang rendah sebagai kegagalan walaupun itulah satu-satunya sikap yang sepatutnya lama sudah kita kikis dari hati dan minda kita. Guru-guru saya mempunyai alasan yang kukuh mengapa mereka bimbangkan keputusan yang akan mereka terima. Banyak mata memandang warga Tahun Satu saat ini. Ramai yang akan menilai. Berbagai andaian akan dibuat.

Apa pun keputusan Saringan Satu, pada saya, pujian amatlah perlu disalurkan kepada guru-guru ini dan juga pihak pentadbir sekolah yang begitu pantas bertindak ke atas sebarang kegusaran guru. Berbagai peringkat perbincangan telah, sedang dan akan dibuat. Guru-guru saya tidak pernah atau akan berputus asa. Sasaran mereka ialah memastikan murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas ini, walau lama mana sekalipun masa yang diambil. Percayalah. Lihatlah. Perhatikanlah.

Saturday, February 13, 2010

Tambah Duit Poket? Hmm, Boleh Laa...

Macam-macam cara kita mencari duit poket lebih untuk menampung gaya hidup. Buat pertama kalinya, saya mencuba cara ini. Berkesan. Seronok pun ada. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari website    http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=zmjpuppy

Prihatinkah kita?

Keprihatinan kita sebagai umat Islam, sebagai rakyat Malaysia, sebagai individu. Sejauh manakah ia berada tatkala tidak melibatkan penglibatan kita secara langsung dalam hal ehwal yang melibatkan emosi ini? Adakah kita hanya taksub dengan kemenjadian yang hanya akan memberi kesan kepada kita sahaja? Sebagai insan biasa, tidak dinafikan seboleh-bolehnya tahap keprihatinan kita hanya berada di jangkauan minda normal sahaja. Mungkin ya, mungkin tidak. Rasanya sekali sekala, elok juga kita memerhati, mengamati, memandang, menakul, menilai dan menambahbaikkan apa sahaja keadaan yang dapat kita sempatkan.

Seawal subuh tadi, saya dikejutkan dengan satu pemandangan yang lama saya tidak renungkan. Disebabkan cuti yang panjang hujung minggu ini, kami sekeluarga bercadang untuk berehat di luar Kuala Lumpur. Seperti lazimnya, perancangan sempurna untuk kebajikan ibu kami, menjadi keutamaan. Seawal jam 6 pagi, saya telah menghantarnya untuk menerima rawatan haemodialisis untuk membolehkan beliau pulang awal dari biasa dan menyertai percutian kami.

Sesampai di sana, kelihatan pemandu yang mengambil pesakit dari rumah masing-masing ke tempat rawatan memberhentikan van milik pusat rawatan di hadapan kereta saya. Muda budaknya. Ujang. Dalam lingkungan awal 20-an kali. Tanpa rasa susah payah, tanpa rasa malu, tanpa rasa jijik, beliau dengan mudah mendukung seorang makcik dari dalam van ke pusat rawatan. Sambil mendukung, beliau bergurau mengurangkan rasa gayat makcik tersebut. Selepas itu, pantas pula dia kembali ke van, memapah seorang lelaki India tua ke kerusi roda yang menanti. Pun tanpa merengus. Teringat saya suatu masa dahulu, semasa kami menggunakan khidmat pemandu ini, itulah yang sering saya saksikan dan terjadi. Ibu saya akan sedia menanti di tepi tangga rumah. Pemandu yang sama akan sampai, menegur dengan mesra, dan memapah ibu saya menuju ke van. Sesampai di situ, dengan mudah, mendukung ibu saya untuk naik ke dalam van. Sampai di pusat rawatan, mendukung kembali untuk turun ke kerusi roda. Kemudiannya mendukung menuju ke katil rawatan. Biasa saya melihat pemandu-pemandu di situ menawarkan bantuan kepada sesiapa sahaja, walaupun pada waktu rehat mereka. Mulianya hati pemandu-pemandu ini. Mereka tidak perlu dikerah. Mereka ini, bukannya golongan yang pendiam atau membawa perawakan alim, tidak. Mereka seperti belia lain, macam mana  rockers biasa. Kalau melihatkan cara mereka berpakaian, kita boleh ingatkan kutu manakah ini. Tetapi dari segi kerja, dari segi hati dan perasaan, hebatnya jasa mereka.

Apabila masuk ke ruang rawatan, kelihatan beberapa orang Misi sedang sibuk menyelenggarakan mesin-mesin untuk memulakan proses pembersihan darah. Apabila ibu saya bersedia untuk untuk duduk di kerusi timbang berat badan, terus beliau disapa oleh seorang Misi muda dengan mesra. Cerianya wajah ibu saya melihatkan wajah yang amat dikenalinya itu. Hilang mengantuknya. Apabila menyucuk jarum yang besar dan menyeramkan saya itu, seakan pesakit tidak merasa apa-apa. Saya perhatikan setiap kali mereka membuat sesuatu proses seperti mencucuk jarum, menarik plaster, membersihkan darah yang tertumpah, memberikan ubat bila pesakit mengadu pening, pasti mereka lakukan sambil berbual dengan pesakit. Tinggi pengetahuan dan amalan psikologi mereka.

Lalu saya terfikir. Walaupun golongan yang kebanyakkannya lebih dari setengah baya itu bersusah payah menghabiskan hampir 5 jam sehari menerima rawatan di situ, inilah wajah-wajah yang mereka kenali dan bersama mereka sepanjang proses rawatan. Suami, isteri, anak dan cucu tiada di situ. Sakit pening mereka, Misi-Misi itulah yang tahu. Baru saya fahami kenapa ibu saya amat suka bercerita tentang tempat rawatannya. Beliau selalu memikirkan berbagai perkara baru yang boleh dikongsi bersama petugas-petugas di situ. Kalau beliau ada gelang baru, beg baru, baju baru, tidak sabar-sabar selalunya untuk berkongsi dengan Misi-Misi itu semua. Beliau suka apabila Misi-Misi itu berkata, " Wah, nenek ada gelang baru. Cantik.", " Eh, nenek bawa muffin hari ni. Esok nak tempah ya nek?". Ibu saya boleh bercerita dengan lancar semua pekerja di sana. Isteri siapa yang baru bersalin, anak saiapa yang baru demam. Mereka bak keluarga di situ agaknya. Masing-masing prihatin, terutamanya golongan belia yang bertugas di situ. Susah nak digambarkan jasa mereka. Rasanya mereka pun tidak perasankan yang mereka telah berbudi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa pekerja-pekerja seperti mereka. Semoga tidak terdetik di hati kita untuk sekalipun untuk memandang rendah golongan ini. Wallahualam.


Tuesday, February 9, 2010

Kesungguhan Guru-Guru Tahun 1 WP Labuan

Telah banyak diperkatakan tentang Program LINUS ini. Secara peribadi, saya kagum dengan kesungguhan guru-guru Tahun 1 yang telah didedahkan dengan berbagai maklumat mengenai proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar LINUS nanti. Sepertimana kesungguhan mereka mengajar pelajar-pelajar KIA2M dahulu, begitulah kelihatannya untuk program ini. Apabila bersama mereka, teruja kita dibuatnya mendengarkan langkah-langkah yang telah mereka aatur sekiranya mereka perlu menghadapi pelajar-pelajar LINUS nanti. Tinggi semangat mereka. Pn.Janawati dari SK Bukit Kalam sudah lama dianggap 'sifu' dalam mengajar murid Tahun 1. Kak Norilla dari Sungai Bedaun memang tidak pernah disangkal. beliau mempunyai kaedah sendiri dalam memastikan pelajar-pelajar tidak buta huruf. Beliau pernah membentangkan kaedah pengajaran mudah faham yang diciptanya sendiri. Ada 12 model semuanya. Beliau ini mudah berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sahaja. Pn.Minah pun sudah lama mengajar dan berpengalaman luas. Beliau mudah menakul pelajar. Pn.Rohana yang sentiasa anggun berpakaian, memang prihatin pada budaya pembelajaran anak-anak muridnya.

Pn.Fauziah dari Rancha-Rancha tidak pernah menyifatkan penukaran suasana mengajar dari Sekolah Menengah ke Sekolah Rendah membebankan. Kesungguhan beliau mengenalpasti zon-zon masalah murid, memang saya ketahui dari dahulu lagi. Beliau benar-benar berusaha untuk kemajuan pelajarnya. Rajin guru ini. Si Faridah dari Layang-Layangan selalunya lambat laun selalu menyahut cabaran saya. Dari hiasan kelas, sehinggalah dalam hal ehwal menghantar data. Pn Yang dari Chung Hwa tidak boleh dipertikaikan juga. Rajin, tekun dan kuat berusaha, Pn.Ma langsung tidak perlu bimbang tentang prestasi beliau. Memang tidak mudah mengatasi masalah pelajar-pelajar di sekolahnya, namun memang beliau tidak mudah putus asa.

Di Lubok Temiang, Pn.Maswati mengetuai barisan guru-guru Tahun Satu. Begitu juga guru-guru yang lain yang tidak kurang kesungguhan dan usaha mereka mengatasi masalah tidak menguasai menulis dan membaca ini. Kita bertuah kerana mempunyai barisan guru-guru lama dan baru yang sedia untuk menggalas tugas yang amat berat ini. Pn.Norain dari St.Anne, Pn.Haslinah dari Pekan 2, Pn.Norilla dari Patau-Patau, Pn.Rozlin dari Tg.Aru, Pn.Noni dari Bebuloh, Pn.Nurul dari Membedai, Pn. Jamillah dari Sg.Lada dan Pn.Nafia dari Kerupang. Tidak ketinggalan Hezri seorang sahaja guru lelaki yang bersama-sama dengan kumpulan guru-guru ini. Walau bidang beliau lebih kepada pemulihan, beliau tidak pernah keberatan untuk sama-sama menimba dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan guru-guru lain.

Bah, semoga semangat kawan-kawanku ini tidak luntur atau berkurangan sedikitpun. Selamat bertugas.

A Big Pat On My Back...

Alhamdulillah. At last, the event that I had waited almost anxiously, came and went. I did it again. Probably for the last time. Alas, who knows what the future holds for us. After spending about two weeks of 'intense' exercises, all my good plans had gone awry. For almost two weeks I had to go for a series of meetings, one after the other. This totally disrupted by daily 'regime' of jogging in the evening and doing lots and lots of sit ups and step ups. The worry was at its peak when I had to attend the LINUS meeting in Kuala Lumpur and course in Beringis Resort, Kota Kinabalu. The final week that was supposed to build the 'height' of my fitness level, was gone just like that.

Enroute to Ranau, I was feeling a mix of excitement and apprehension. Could I or couldn't I do it? Better still, should I or shouldn't I attempt it? One thing for sure, I definitely would do it. There was a purpose for my action. Indeed, I wanted to prove to myself that I was capable of attempting and accomplishing what I had set my heart and soul for, for the last couple of months.

I truly enjoyed the company of the eager climbers in my group who were ever ready to absorb whatever tips on climbing the stately mountain from anyone, for only three of them had experiece climbing her. The members were loud, funny, caring, and examplery citizens. Dato Najip would have been proud of us. A truly One Malaysia group. Out of the 21 of us, 18 were young doctors, one PETRONAS engineer and a LOFSA officer.

Knowing that this time around, I would be climbing through the Mesilau route did not lessen my heart rate. I knew and realized that Mesilau was way much tougher to climb than Timpohon. Indeed it was. How much it was, I  failed to perceive. Timpohon was a breeze compared to Mesilau. I meant every single word of it. Honestly. If the most number of steps that we would have to climb Timpohon was 12 at a time, not so in Mesilau. The least would be 25. Comparatively, the steps were five times much steeper, longer and arduous to endure. Which made whatever pain gained five times more a nuisance. On top of it all, the wind was constantly a bluster and freezing cold.

Ultimately I survived the ordeal. I pulled it off. quite easily though, if I may say so myself. I reached the notorious summit safe and sound. Though I came back to Labuan with  a considerable pain in my legs, and avoiding stepping onto steps and stairs as much as I could, I couldn't be prouder of myself. For  the 13th times, I executed the exertion once more. Alhamdulillah.



Thursday, February 4, 2010

Frequently Asked Questions About LINUS (FAQs)

Apa itu LINUS?
Linus ialah singkatan Literasi Numerasi Saringan yang menggabungkan kemahiran literasi dan numerasi dalam satu program khusus.
Kenapa perlu ada LINUS?
LINUS merupakan kesinambungan kepada program KIA2M dan ProTiM yang menggabungkan literasi dan numerasi dalam program berkenaan.
Adakah KIA2M sama dengan LINUS?
LINUS merangkumi literasi dan numerasi sedangkan KIA2M hanya melibatkan kemahiran 2M membaca dan menulis.
Adakah LINUS hanya dijalankan untuk Tahun 1?
Ya untuk 2010.
Adakah murid pendidikan khas terlibat dengan program LINUS?
Tidak. Murid berkeperluan khas akan diuruskan oleh guru pendidikan khas
Murid yang bagaimana perlu dirujuk kepada doktor?
Murid yang dikesan oleh guru yang mengalami masalah tegar dalam proses pembelajaran mereka.
Mengapa program 3M di sekolah seringkali berubah?
Untuk memastikan teknik pembelajaran terkini diperkenalkan di dalam alam pendidikan.
Adakah peluang untuk anak LINUS masuk ke aliran perdana?
Ya.
Bolehkah guru LINUS yang sama mengajar BM dan Matematik Boleh. Walau bagaimanapun pihak pentadbir diminta menetapkan guru yang berlainan mengajar kelas-kelas berkenaan supaya pelaksanaan LINUS dapat dijalankan dengan berkesan.
Bagaimana untuk melaksanakan LINUS jika murid berbeza tidak menguasai BM dan Matematik?
Literasi dilaksanakan oleh guru BM, numerasi dilaksanakan oleh guru matematik dengan dibantu oleh guru pemulihan.
Adakah murid LINUS ini dinafikan untuk mengikuti pelajaran lain?
Tidak. LINUS hanya diajar pada masa mata pelajaran BM dan Matematik sahaja.
Adakah Matematik diajar dalam Bahasa Melayu?
Tidak sehingga 2011.
Bagaimana pihak sekolah mengenal pasti pelajar LINUS?
Pelajar yang tidak menguasai konstruk 1-8 dalam saringan 1.
Ke manakah hala tuju murid yang masih belum menguasai 3M pada tahun 2012 ?
Program PROTIM.
Bagaimanakah cara penulisan Rancangan Harian bagi guru yang mengajar di kelas yang menjalankan aliran perdana dan LINUS serentak?
Seperti biasa cuma diletakkan nota kaki / pada ruang catatan.
Bagaimana guru boleh mengesan kelemahan murid melalui saringan yang dijalankan?
Apabila mereka tidak menguasai kemahiran yang diuji.
Adakah perlu murid menjalani ujian diagnostik untuk mengesan kelemahan dan kekuatan sebenar murid?
Ya.

Strategi Pemantauan LINUS

Konsep Pemantauan Dan Penyeliaan
Satu proses mendapatkan maklumat yang merangkumi aktiviti memerhati, menilai dan membimbing pengurusan dan pelaksanaan LINUS di sekolah khasnya proses P&P bagi memastikan matlamat Program LINUS tercapai.

Objektif Pemantauan
Pemantauan bertujuan untuk :

► menilai sejauh mana impak Program LINUS terhadap pembelajaran murid
► mengesan sejauh mana sekolah mengurus pelaksanaan Program LINUS.
► menilai sejauh mana guru dapat melaksanakan proses P&P berdasarkan garis panduan pelaksanaan Program LINUS.

Modus Operandi LINUS Peringkat Negeri
  • Mesyuarat Khas Pengurusan (telah dilaksanakan)
  • Taklimat kepada semua Pegawai  (akan dilaksanakan)
  • Penubuhan Jawatankuasa LINUS Negeri (akan dilaksanakan)
  • Taklimat LINUS kepada Pengurusan Sekolah (telah dilaksanakan)
  • Mesyuarat JK Pemantauan LINUS (akan dilaksanakan)
  • Perancangan Pemantauan LINUS (telah dilaksanakan)
  • Taklimat Pemantauan LINUS kepada sekolah (telah dilaksanakan)
  • Pemantauan Pentadbiran Saringan 1, 2 & 3 (akan dilaksanakan)
  • Pemantauan Pengurusan Data Saringan 1, 2 & 3 (akan dilaksanakan)
  • Pemantauan P&P LINUS (akan dilaksanakan)
  • Mesyuarat Pelaporan LINUS (akan dilaksanakan)
  • Pelan Tindakan Penambahbaikan (akan dilaksanakan)
Pelaksanaan Pemantauan
  • Melibatkan semua pemantau sekolah sepanjang tahun.
  • Menggunakan instrumen pemantauan yang disediakan.
  • Pembentangan hasil pemantauan.
  • Pelaporan peringkat dalaman negeri.
  • Tindakan susulan dan penambahbaikan.

Prinsisp 'ERRC' Dalam Pemantauan LINUS
ELIMINATE

Tanggapan / Prasangka negatif.
Konsep pemantauan dan penyeliaan (sekolah / negeri).
Ketidakaselarasan pemantauan.
Karenah birokrasi pelaksanaan.
REDUCE

Ketidaksefahaman di antara pelaksana / pentadbir / pembuat dasar.
Arahan pelaksanaan yang tidak seragam.
Instrumen pemantauan yang rigid.
RAISE

Akauntabiliti JPN.
Semangat kepunyaan di kalangan semua yang terlibat.
Kerjasama / pemuafakatan.
Sistem penyampaian yang terancang dan berfokus.
CREATE

Strategi pemantauan terancang dan berfokus.
Instrumen pemantauan yang telus dan mantap.
Pembentukan pasukan pemantauan yang mantap.
Input / dapatan pemantauan terperinci / telus dan menyeluruh.

Peranan Guru Pemulihan Dalam Membantu Guru LINUS

Panduan ini mencadangkan amalan yang patut diikuti oleh semua guru pemulihan khas dan juga semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan program pemulihan khas dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Diharapkan ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan Literasi dan Numerasi (Program LINUS).

“Program Pemulihan Khas ialah satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”

“Murid Pemulihan Khas pula ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
Murid LINUS  Tegar (telah disahkan oleh Pegawai Perubatan sebagai Murid Bekeperluan Khas) yang tidak menguasai konstruk 1 & 2 akan dibantu oleh guru pemulihan khas. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.  

Tanggungjawab dan Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas

a) Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
b) Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal:
   -Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
c) Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
d) Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
f) Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid
Punca dan Bidang Kuasa
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986
(Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

Pelaksanaan Latihan Guru Kursus LINUS 2010

  • Latihan guru dilakukan secara on-site selama 3 hari secara berpusat.
  • Latihan dilakukan di sekolah dengan bimbingan Fasilinus selama 2-3 jam seminggu.
  • Mekanisme pelaksanaan program sokongan guru di sekolah (Mentor-Mentee).
  • Guru memprakstiskan secara aktif strategi sebenar dan proses thinking berlaku.

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pihak Pentadbir Sekolah

Pengurusan Sekolah :
Sistem Fail : Perkeliling, surat-menyurat, data, biodata guru LINUS dan yang berkaitan. Sistem Jadual Waktu bagi LINUS
i. Blok waktu Bahasa Malaysia dan Matematik
ii. “Binding Class”

Pemantauan LINUS
Meletakkan Guru yang terbaik / Cemerlang
Pengurusan tempat
Peralatan, bahan dan kewangan

Guru LINUS :
Guru yang dipilih daripada Guru tahun 1 Bahasa Malaysia / Matematik.
Murid LINUS dalam kelompok yang besar ( 20 orang).
Boleh dilakukan dalam kelas pembelajaran.
Pastikan murid dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dan boleh mengikuti kelas di aliran perdana.
Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid sekiranya masih tidak dapat menguasai kemahiran.

Guru Pemulihan LINUS :

Guru yang dipilih daripada Guru Pemulihan sedia ada / baru.
Murid LINUS dalam kelompok yang kecil (1 - 4 orang)
Boleh dilakukan dalam Kelas Pemulihan / yang sesuai.
Pastikan murid dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dan boleh mengikuti kelas di aliran perdana.
Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid sekiranya masih tidak dapat menguasai kemahiran.

Thursday, January 28, 2010

Rancang..Rancang..Rancang..Dan Rancang Lagiii..


Naik kereta? Naik bas? Sewa bas? Naik Keretapi? Naik kapalterbang? Allah, semuanya memerlukan duit. Ada duit, semuanya boleh jadi. Kalau naik kereta, minyak, tol, tiket feri, mahal tu. Naik bas? Pun kena naik feri. Leceh dengan ciak miak anak-pinak dan beg-beg baju. Itu tidak termasuk dengan satu tupperware daging dinding Cik Yot yang sudah terbukti kekerasannya. Naik keretapi? Di mana pula nak berhenti? Kapalterbang? MAS? Air Asia? Firefly? Perancangan Hari Keluarga MJ 2010 ialah ke Pulau Lagenda, Langkawi. Bunyi memang hebat. Dari Kuala Lumpur ke Langkawi, jauh perjalanan. Disebabkan kami orang kebanyakan, bukan orang ada-ada, perkara yang paling penting dalam agenda ialah, kumpul duit. Macam-macam duit kami sudah mula kumpul. Bermula dari 2009 lagi. Bendahari yang tidak beberapa usaha atau setia, CT Mas, dengan sopan santunnya mengutip duit setiap bulan dari setiap keluarga. Macam-macam gaya sudah dibuatnya termasuklah yang berbaur ugutan. Bermula dari keputusan mesyuarat minggu sudah, jumlah yang akan dikumpul nampaknya bertambah. Duit tambang kapalterbang. Setiausaha golongan belia, Ika,  berasap melayari internet setiap hari menunggukan tawaran termurah dari macam-macam syarikat kapalterbang. Manalah tahu, untung sabut timbul...Minggu sudah Cik Apek menyarankan kami berdoa ramai-ramai supaya permaidani mak di ruang tamu tiba-tiba jadi permaidani terbang. Hmm, kalau adalah wujudnya tikar ajaib itu, senang nanti kami terbang ke mana-mana. Tambahan pula kalau ada bangsi hikmat sebagai bonus...Tetapi semua itu hanyalah di dalam khayalan. Realitinya amat berlainan. Namun begitu perancangan tetap rancak dijalankan, menunggu masa untuk terlaksana sahaja. Tempat tinggal, tempahan makanan, urusan pengangkutan di pulau, agenda program, semua telah dirancang dengan rapi. Golongan belia mahu buat gempak sakan tahun ini kononnya. Entahkan jadi, entahkan tidak, waulahualam. Semoga sukses, insyallah.

Cabaran LINUS


Saya sedang menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program LINUS di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Sepanjang tiga hari ini dan esok, hari terakhir, mesyuarat ini mendedahkan berbagai perkara berhubung dengan program ini kepada kami selaku Penyelaras LINUS di peringkat negeri. Program ini merupakan satu agenda besar negara. Jatuh bangun program ini terletak di bahu ramai pihak. Lantas, semua pihak yang terlibat ini hendaklah betul-betul memahami aspirasi yang terkandung di sebalik program yang sedang rancak diperkatakan ini. Besar tanggungjawabnya. Penguasaan yang baik dalam asas literasi dan numerasi kepada generasi muda ini amat penting bagi menentukan hala tuju negara di masa hadapan. Ini bukanlah satu perkara yang harus dipandang ringan. Sokongan dari pihak ibubapa, masyarakat, pentadbir, guru-guru, malah, murid sendiri, perlu ampuh dan utuh dalam menunjukkan komitmen untuk kejayaan bersama. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan dan ditentukan tahap kejayaannya tanpa kerja keras dan teliti dari semua pihak terbabit. Saya amat bersyukur kerana Tuan Pengarah Pelajaran kita amat prihatin dan sensetif pada kejayaan program ini di Labuan khususnya. Beliau amat bersungguh-sungguh dan mahu berbagai program berkesan dirancang dan dilaksanakan. Ketekunan dan dedikasi ini ialah untuk memastikan warga pendidik bersatu hati dan berusaha keras memastikan kadar murid yang menguasai literasi dan numerasi di Labuan ialah seawal di Tahun Satu lagi. Semoga doa semua pihak di samping usaha yang tidak mengenal jemu ini, akan membuahkan hasil. Alangkah seronoknya kita apabila semua murid kita celik literasi dan numerasi. Cerahlah masa depan akademik murid-murid di Labuan.

Wednesday, January 27, 2010

Seronoknya Mengajar



Kesempatan kerap berkursus dan berjumpa, membuatkan saya banyak didedahkan dengan kisah-kisah guru mengajar di dalam kelas. Macam-macam pengalaman yang mereka tempuhi dalam memastikan anak murid, samada yang dedikasi, yang nakal, mahu pun yang susah hendak dikategorikan sebagai pelajar, berjaya di dalam pembelajaran mereka. Kisah-kisah ini acap kali mengundang rasa kagum, gelihati, terkejut, sebak dan macam-macam lagi perasaan yang tidak dijangkakan. WP Labuan beruntung kerana mempunyai ramai guru yang bersungguh-sungguh mengajar anak bangsa, tanpa mengira penat lelah. Memberikan kelas tambahan kepada mereka yang memerlukan, sudah menjadi lumrah kehidupan mereka. Menghabiskan masa seharian di sekolah membuat berbagai tugasan yang kadangkala tiada kaitan dengan proses P&P kadangkala sudah menjadi budaya dengan kehidupan mereka. Dua hari lepas, saya mendengar cerita bagaimana seronok dan puasnya hati Cikgu Yahya di SM St.Anne mengajar di kelasnya. Kepuasan amat dirasakan apabila murid memberikan tindakbalas positif pada P&P yang berjalan. Apabila guru seronok, pelajar turut rasa seronok. Apatah lagi apabila suasana di dalam kelas riuh rendah dengan aktiviti pembelajaran berkesan ini. Apabila guru rasa terkesan sebegitu, ini merupakan kejayaan yang hebat di dalam kariernya. Beberapa minggu sudah pula saya berjumpa dengan En.Hasnan di SK Pekan Satu yang meluahkan rasa hatinya. Beliau sentiasa mengubah rutinnya untuk memastikan perasaan jemu tidak menjenguk. Berbagai projek dijalankan untuk pelajar dan juga dirinya untuk memastikan keberkesanan yang maksimum tercapai. Cik Suriani di SK Layang-Layangan pula sentiasa mencari aktiviti yang menyeronokkan. Kehadiran beliau sentiasa dinanti-nantikan murid. En.Roziman pula dengan gayanya tersendiri membuatkan murid sentiasa tercari-cari beliau. Cik Jasmini di SMK Mutiara, walau dibebani dengan waktu mengajar yang penuh, di samping tugasan lain yang mencabar keimanan, namun tetap dengan ketelitian dan kesungguhannya. Komitmen mereka inilah yang menarik perhatian saya. Pn.Chin di SM Sains, Cik Yoke Peng di SM Teknik dan En.Cally di SMK Labuan pula, rakan-rakan guru saya ini memang terkenal dengan kesempurnaan tugasan mereka. Walau kerap keluar berkursus, persiapan rapi untuk proses P&P yang mereka sediakan, membuatkan mereka tidak pernah menghampakan. P&P mereka di dalam bilik darjah amat menyenangkan mata memandang. Keberkesanan P&P mereka terbukti pada setiap keputusan peperiksaan yang dijalankan. Murid-murid yang ditanya tidak teragak-agak menyatakan keberkesanan hasil pengajaran guru-guru hebat ini. Banyak lagi kisah keberkesan guru di dalam kelas yang akan saya luahkan dari masa ke semasa. Kalaulah saya dapat menjadi sehebat mereka mencorakkan masa depan murid....


Pentadbir Sekolah-Sekolah Labuan

Kehebatan rakan-rakan pentadbir dalam menjalankan tugas masing-masing, memang memukau. Di pulau Labuan yang indah permai ini, idea dan sumbangsaran mereka dalam menjayakan pentadbiran boleh membuatkan saya iri hati. Ada di antara mereka memang terkenal di seluruh Labuan dengan kebolehan masing-masing, dan ada juga yang seumpama bunga kemboja di hujung laman, tidak kelihatan keindahannya selagi tidak ada usaha untuk mengamatinya. Para Pengetua dan Guru Besar di sini memang mempunyai kehebatan masing-masing. Cik Shim dari St.Anne umpamanya. Beliau amat berkaliber dalam menjalankan tugas. Hampir tiada yang terlepas dari pandangan beliau. Walau tegas, keprihatinan beliau dalam pelbagai hal memang tidak boleh dinafikan. En.Sahar menggunakan bertahun-tahun pengalaman beliau bekerja di BPK dan juga jabatan, untuk mentadbir hal ehwal kurikulum dengan baik sekali. Pn.Rosni, yang suatu masa digeruni kerana ketegasan beliau melaksanakan tugas, kini adalah antara pentadbir yang disayangi kakitangannya. Dari dahulu hingga kini, saya amat kagum dengan kehebatan beliau dalam membangunkan SMK TP Bedaun. Prasarana yang sedia cantik dihiaskan dalam semua aspek sehinggakan berjaya menimbulkan suasana yang sungguh kondusif untuk proses P&P. Beruntung guru-guru dan kakitangan yang berada di bawah pentadbiran mereka ini. Begitu juga dengan Pn.Chan, Pn.Raiki, En.Abdol Sappar, Pn.Sinduri, En.Mat Long, Pn.Ma dan ramai lagi. Tidak ketinggalan kumpulan GPK yang sentiasa menyokong kelancaran pentadbiran. En.Louren, dari dahulu lagi, tidak dapat dipersoalkan kaliber beliau, dalam bidang mengajar ataupun menyelaras. Kelebihan beliau ialah dapat menjangka dengan baik sekali the cause and effect factors dalam urusan seharian. Pn.Donna, En.Yahya, En.Bustamih, PnSharifah, Pn.Diah, Pn.Wahibah, Pn.Mahani, Pn.Siti Aminah, Pn.Saadiah, En.Rizal, Pn.Anita, Tn.Pangiran, En.Jaffar, Pn.Norainie, malah ramai lagi, amat membantu dalam melancarkan jentera pentadbiran sekolah. Tanpa mereka, tidak mungkin tahap pendidikan di Labuan akan berada di tahap ini sekarang. Begitu juga guru-guru dengan sokongan  mendukung hasrat yang sama iaitu untuk melihat kejayaan peningkatan pencapaian prestasi akademik yang baik pada tahun 2011 tercapai dengan jayanya. Terima kasih semua.

Monday, January 25, 2010

Malas Nak Cakap...

http://en.tackfilm.se/?id=1264402028969RA77

Percutian Hooray Hooray Keluarga MJ Datang Lagi

Tahun ini merupakan tahun ke-3, insyallah, akan berlangsungnya lagi percutian keluarga MJ. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sesi 'mesyuarat' ialah sesi yang ditunggu-tunggu. Tahun pertama, hampir 30 kali mesyuarat diadakan. Tahun sudah, kurang sikit...29 kali agaknya. Tahun 2010, semalam merupakan mesyuarat yang ke-5...dari yang ke berapa nanti, tidak boleh digambarkan lagi. Setiap kali mesyuarat, semua orang akan pulang dengan bermacam keadaan...sakit perut (banyak sangat ketawa), sakit hati (banyak sangat idea / bantahan / pengacau), sakit kepala (untuk AJK yang dilantik) dan memang menghairankan, tidak sabar menunggu mesyuarat untuk perkembangan seterusnya.

Berbeza dengan dua tahun pertama, tahun ini segala perancangan diterajui oleh golongan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Beza, memang berbeza. Kalau dahulu, moto kumpulan veteran - Bersedia! Semuanya 'Projek Besar - Priority Ones', dari sebesar-besar hal sehinggalah ke perkara yang remeh. Golongan muda pula berhubung melalui face book dan ada akta rahsia masing-masing. Tercabar gak ego golongan veteran bila mereka dipinggirkan dan semuanya - biarlah rahsia. Fakhrul (wakil AJK aktif )seorang sahaja yang hadir. Terpaksalah dia  mengemukakan bermacam-macam alasan kukuh dan tidak dilupakan juga, rapuh, untuk mempertahankan kedudukan belia di mata kumpulan veteran.

Tuan Pengerusi yang sepertimana selalunya - masih tidak mahu digulingkan, masih ketinggalan dengan bermacam-macam hal. Setiausaha - Yah Yot Bosanova masih lambat tangkap konsep. Mak Ngah sebagai Ketua Taiko, tetap ampuh dengan serangan-serangan flash  dan tidak pernah teragak-agak melesing siapa saja yang perlu dilesing. Alhamdulillah, semua yang hadir tahan maki.
Semoga perancangan yang diatur mendapat keberkatan Ilahi dan program Percutian Hooray Hooray Keluarga MJ 2010 akan berlangsung dengan jayanya. Seperti biasa, objektif Hari Keluarga ialah untuk mengeratkan silaturrahim dan merafakkan rasa syukur ke hadrat Illahi yang mengukuhkan kasih sayang keluarga MJ.



Friday, January 22, 2010

Bersedia Sudahkah Kita Bah?




Sudah hampir 3 minggu sesi sekolah tahun 2010 bermula. Macam-macam cerita dan kisah suka duka boleh dirakamkan oleh guru-guru. Ragam murid, pentadbir, rakan sekerja, ibubapa, hatta keluarga sendiri pun, mewarnai kehidupan seharian seorang guru. Lama sudah saya tidak masuk mengajar, namun carca merba kehidupan, kesibukan, keseronokan, kesengsaraan seorang guru, masih jelas terbayang dan terasakan bagaikan baru sahaja semalam ianya berlaku. Persoalan yang saban tahun saya persoalkan ialah adakah semua persiapan untuk P&P saya telah sempurnakan?


Selalunya apabila menjelangnya tahun baru, seram, takut, seronok, tidak sabar dan macam-macam lagi perasaan mula timbul apabila saya menyedari akan berhadapan lagi dengan alam pendidikan di tahun-tahun baru. Bagi saya, persiapan itulah yang paling seronok sekali. Menyediakan BBM menjadi kegemaran saya. Saya lebih senang menggunakan BBM untuk mengajar. Membuat dan menyediakan BBM memang seronok. Saya suka bermain dengan warna dan memikirkan bahan-bahan berlainan yang boleh digunakan. Bilik darjah akan saya tumpukan dulu. Gantung sini, tampal sana, tarik sini, letak sana. Apabila melihatkan bilik darjah yang cantik dan sudut-sudut yang boleh dan memang digunakan, memberikan kepuasan pada diri seseorang guru. Mengajar murid di sekolah rendah berbeza dengan sekolah menengah. dan alhmdulillah saya berpeluang mencuba kedua-duanya. Pokok pangkalnya ialah persiapan. Saya merasa kagum dengan usaha-usaha yang dibuat oleh rakan-rakan guru di Labuan. Pn.Diah, PK HEM di SK Pantai, hebat betul pejabatnya. Cantik, menarik dan amat sesuai dengan pelajar-pelajar di sekolah rendah. Sekiranya guru-guru Tahun Satu atau mana-mana guru yang ketandusan idea bagaimana untuk menghias bilik darjah untuk menimbulkan suasa yang amat kondusif fntuk P&P berlaku, melawatlah ke pejabat Pn.Diah. Bilik-bilik darjah sebahagian kelas Tahun Satu di SK Bukit Kalam, SK Layang-Layangan, SK Sungai Lada,  SK St.Anne, SK Tanjung Aru, SK Sungai Bedaun dan SK Pantai amat menyeronokkan apabila kita berada di dalamnya, apatah lagi murid. Saya bangga dengan kejayaan ramai guru yang berlumba-lumba membuat BBM hingga ke dinding-dinding sekolah pun. Di SK Pantai contohnya, ruang untuk LINUS amat cantik dan apabila siap, memang akan memberi manfaat pada murid nanti. Syabas cikgu.



Wednesday, January 20, 2010

Winds Of Change


During one of my rounds of observation last week, I came across a young teacher who was to me, a little bit ambitious in her lessons. What I mean is, for young learners, it would be best for them to be given a little bit of new knowledge but with lots and lots of emphasization, repetition and encouragement, so that they would be able to grasp our lesson in context.

Quantity does not necessarily brings out the best of quality in almost every task undertaken. It would be a joy and teachers' utmost satisfaction when our subjects show a remarkable level of understanding of what is it that we are imparting to them. From experience, young learners would feel satisfied with whatever new knowledge gained and would be very happy to know that they are good in any particular area. Giving away an abundant of compliments to them does not hurt too.


Im very proud of this particular teacher who was able to prove that she is indeed a very good teacher. This morning I was very pleased to see a tremendous improvement in her methods of teaching and approaching her students. What pleased me most was her ability to use objects in the classroom to convey her message. It was obvious that the students enjoyed and understand her lesson better than they did the week before. The best part was, she herself felt very good about the lesson and her way of teaching.

I wish all the best to this wonderful teacher who is willing to correct whatever error she may have conducted and has the strong tendency to improve herself. Congratulation.

Elements Of Drama


Character

  • Person who appears in the play
  • Basic part of playwright's work
  • Conventions of period and author's personal vision affect treatment of character.
  • Major and minor characters
  • Explanation and development of major characters is essential
  • Useful distinction between; 
             -heroes (or heroines) and villains -good and bad guys -virtue and vice
Plot
  • Describes the structure of a story
  • Shows arrangement of events and actions
  • Structured with acts and scenes.
Theme
  • Plot is the body
  • Theme is the soul
  • Conflict between individuals, man and society, man and some superior force or man and himself.
  • Events from conflict make up the plot
  • Able to state it in general terms and in a single sentence
Dialogue
  • Provides the substance
  • Each word uttered contributes to its overall effect
  • DECORUM must be established, i.e. what is said is appropriate to the role and situation of a character
  • Exposition of the play:
                    - often falls on the dialogue
                    - establishes the relationships, tensions or conflicts of later

Introduction To Drama In The Classroom

The Guide Book
  • Use of drama in classrooms teaching & learning
  • Shows enormous potential of drama as a learning tool
  • Improve students’ interest in using the English Language
  • Not about training actors and actresses
  • Explore human conditions, stimulating students to better understand themselves and the world
  • Not prescriptive but ideas to share
  • Teacher decides
  • Photocopiable handouts or task sheets
  • Friendly, useful, adaptable
  • Joyful and fun learning to suit teaching environment and students
  • Your students “gulping and gasping” for more!
What is Drama?
  • Performances where actors work together to represent stories by impersonating the actions and speech of imaginary characters
  • Usually performed on stage for the audience
Why Drama?


  • A social art where no one person can produce a play by himself.
  • A collective effort and product of many relationships: writers, director, actors, a group of people who design and build the stage, props, costumes etc.
  • Introducing drama to children gives opportunity to seek knowledge, create a presentation, be someone or something, explore a situation and to work and learn together with friends and strangers.
"Tell me and I will forget.
Show me and I will remember.
Involve me and I will understand."                          - Chinese Proverb