love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Friday, January 15, 2010

Program LINUS

Program LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) yang diperkenalkan oleh KPM sedang mula mendapat tempat di hati warga pendidik WP Labuan. Melalui taklimat yang dijalankan oleh pihak sekolah, semakin ramai ibubapa telah memahami konsep yang diterapkan di dalam program ini. Guru-guru Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun Satu dengan sokongan padu guru-guru Pemulihan dan mata pelajaran lain, telah bersedia untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum mereka melangkah ke Tahun Dua kelak.

Selain dari modul yang akan dibekalkan oleh pihak BPK dan BPG, berbagai langkah dapat diatur dalam memastikan kejayaan dicapai dalam usaha menambahbaik dan mempelbagaikan kaedah dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. Keprihatinan pihak pentadbir dan guru-guru dalam hal ini, amatlah dihargai.

Bersamalah kita warga pendidik WP Labuan bersedia untuk mengalas tugas berat memastikan aspirasi pendidikan tercapai dengan merapatkan jurang perbezaan penguasaan kemahiran pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar kita.

Bersama Membina Masa Depan Pelajar





No comments:

Post a Comment