Kami berdua bersama Hasnan menghabiskan masa sepetang beriadah di sana. Letih berlari tidak terasa dengan persekitaran yang ada di situ. Tempat ini ada banyak potensi untuk dimajukan dan dicantikkan lagi tambahan pula dengan tumbuhan sedia ada, landskap, kemudahan yang ada boleh dibanggakan rakyat Labuan. Sayang seribu kali sayang, pihak pentadbiran taman ini kurang memberi tumpuan pada maintainance. Banyak jalan untuk jogging yang rosak, yang semestinya membahayakan pengguna. Kolam-kolam yang ada amat strategik. Sayang sekali tidak terjaga hingga meninggalkan pandangan yang menyakitkan mata. Tambahan pula terdapatnya bau yang kurang menyenangkan darinya.
Apa yang saya gambarkan ialah bagaimana taman ini akan kelihatan sekiranya kemudahan dan bangunan sediada dijaga rapi. Malah, sekiranya Hasnan dan Surin bersama pasukan mereka ingin membuat persembahan seni di sini, dengan berbagai peralatan sokongan diadakan, tidak mustahil ianya akan menjadi ikutan dan menambah salah satu lagi tarikan di Labuan.
Apa pun, yang penting, peliharalah apa yang kita sedia ada. Salah satu darinya ialah kesihatan yang baik. Nanti saya mahu bertemu Pengarah Pelajaran mengenai program riadah bersama warga pendidik. Mereka mahu lebih kerap rupanya.
No comments:
Post a Comment