love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Thursday, January 28, 2010

Rancang..Rancang..Rancang..Dan Rancang Lagiii..


Naik kereta? Naik bas? Sewa bas? Naik Keretapi? Naik kapalterbang? Allah, semuanya memerlukan duit. Ada duit, semuanya boleh jadi. Kalau naik kereta, minyak, tol, tiket feri, mahal tu. Naik bas? Pun kena naik feri. Leceh dengan ciak miak anak-pinak dan beg-beg baju. Itu tidak termasuk dengan satu tupperware daging dinding Cik Yot yang sudah terbukti kekerasannya. Naik keretapi? Di mana pula nak berhenti? Kapalterbang? MAS? Air Asia? Firefly? Perancangan Hari Keluarga MJ 2010 ialah ke Pulau Lagenda, Langkawi. Bunyi memang hebat. Dari Kuala Lumpur ke Langkawi, jauh perjalanan. Disebabkan kami orang kebanyakan, bukan orang ada-ada, perkara yang paling penting dalam agenda ialah, kumpul duit. Macam-macam duit kami sudah mula kumpul. Bermula dari 2009 lagi. Bendahari yang tidak beberapa usaha atau setia, CT Mas, dengan sopan santunnya mengutip duit setiap bulan dari setiap keluarga. Macam-macam gaya sudah dibuatnya termasuklah yang berbaur ugutan. Bermula dari keputusan mesyuarat minggu sudah, jumlah yang akan dikumpul nampaknya bertambah. Duit tambang kapalterbang. Setiausaha golongan belia, Ika,  berasap melayari internet setiap hari menunggukan tawaran termurah dari macam-macam syarikat kapalterbang. Manalah tahu, untung sabut timbul...Minggu sudah Cik Apek menyarankan kami berdoa ramai-ramai supaya permaidani mak di ruang tamu tiba-tiba jadi permaidani terbang. Hmm, kalau adalah wujudnya tikar ajaib itu, senang nanti kami terbang ke mana-mana. Tambahan pula kalau ada bangsi hikmat sebagai bonus...Tetapi semua itu hanyalah di dalam khayalan. Realitinya amat berlainan. Namun begitu perancangan tetap rancak dijalankan, menunggu masa untuk terlaksana sahaja. Tempat tinggal, tempahan makanan, urusan pengangkutan di pulau, agenda program, semua telah dirancang dengan rapi. Golongan belia mahu buat gempak sakan tahun ini kononnya. Entahkan jadi, entahkan tidak, waulahualam. Semoga sukses, insyallah.

Cabaran LINUS


Saya sedang menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program LINUS di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Sepanjang tiga hari ini dan esok, hari terakhir, mesyuarat ini mendedahkan berbagai perkara berhubung dengan program ini kepada kami selaku Penyelaras LINUS di peringkat negeri. Program ini merupakan satu agenda besar negara. Jatuh bangun program ini terletak di bahu ramai pihak. Lantas, semua pihak yang terlibat ini hendaklah betul-betul memahami aspirasi yang terkandung di sebalik program yang sedang rancak diperkatakan ini. Besar tanggungjawabnya. Penguasaan yang baik dalam asas literasi dan numerasi kepada generasi muda ini amat penting bagi menentukan hala tuju negara di masa hadapan. Ini bukanlah satu perkara yang harus dipandang ringan. Sokongan dari pihak ibubapa, masyarakat, pentadbir, guru-guru, malah, murid sendiri, perlu ampuh dan utuh dalam menunjukkan komitmen untuk kejayaan bersama. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan dan ditentukan tahap kejayaannya tanpa kerja keras dan teliti dari semua pihak terbabit. Saya amat bersyukur kerana Tuan Pengarah Pelajaran kita amat prihatin dan sensetif pada kejayaan program ini di Labuan khususnya. Beliau amat bersungguh-sungguh dan mahu berbagai program berkesan dirancang dan dilaksanakan. Ketekunan dan dedikasi ini ialah untuk memastikan warga pendidik bersatu hati dan berusaha keras memastikan kadar murid yang menguasai literasi dan numerasi di Labuan ialah seawal di Tahun Satu lagi. Semoga doa semua pihak di samping usaha yang tidak mengenal jemu ini, akan membuahkan hasil. Alangkah seronoknya kita apabila semua murid kita celik literasi dan numerasi. Cerahlah masa depan akademik murid-murid di Labuan.