love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Friday, January 22, 2010

Bersedia Sudahkah Kita Bah?




Sudah hampir 3 minggu sesi sekolah tahun 2010 bermula. Macam-macam cerita dan kisah suka duka boleh dirakamkan oleh guru-guru. Ragam murid, pentadbir, rakan sekerja, ibubapa, hatta keluarga sendiri pun, mewarnai kehidupan seharian seorang guru. Lama sudah saya tidak masuk mengajar, namun carca merba kehidupan, kesibukan, keseronokan, kesengsaraan seorang guru, masih jelas terbayang dan terasakan bagaikan baru sahaja semalam ianya berlaku. Persoalan yang saban tahun saya persoalkan ialah adakah semua persiapan untuk P&P saya telah sempurnakan?


Selalunya apabila menjelangnya tahun baru, seram, takut, seronok, tidak sabar dan macam-macam lagi perasaan mula timbul apabila saya menyedari akan berhadapan lagi dengan alam pendidikan di tahun-tahun baru. Bagi saya, persiapan itulah yang paling seronok sekali. Menyediakan BBM menjadi kegemaran saya. Saya lebih senang menggunakan BBM untuk mengajar. Membuat dan menyediakan BBM memang seronok. Saya suka bermain dengan warna dan memikirkan bahan-bahan berlainan yang boleh digunakan. Bilik darjah akan saya tumpukan dulu. Gantung sini, tampal sana, tarik sini, letak sana. Apabila melihatkan bilik darjah yang cantik dan sudut-sudut yang boleh dan memang digunakan, memberikan kepuasan pada diri seseorang guru. Mengajar murid di sekolah rendah berbeza dengan sekolah menengah. dan alhmdulillah saya berpeluang mencuba kedua-duanya. Pokok pangkalnya ialah persiapan. Saya merasa kagum dengan usaha-usaha yang dibuat oleh rakan-rakan guru di Labuan. Pn.Diah, PK HEM di SK Pantai, hebat betul pejabatnya. Cantik, menarik dan amat sesuai dengan pelajar-pelajar di sekolah rendah. Sekiranya guru-guru Tahun Satu atau mana-mana guru yang ketandusan idea bagaimana untuk menghias bilik darjah untuk menimbulkan suasa yang amat kondusif fntuk P&P berlaku, melawatlah ke pejabat Pn.Diah. Bilik-bilik darjah sebahagian kelas Tahun Satu di SK Bukit Kalam, SK Layang-Layangan, SK Sungai Lada,  SK St.Anne, SK Tanjung Aru, SK Sungai Bedaun dan SK Pantai amat menyeronokkan apabila kita berada di dalamnya, apatah lagi murid. Saya bangga dengan kejayaan ramai guru yang berlumba-lumba membuat BBM hingga ke dinding-dinding sekolah pun. Di SK Pantai contohnya, ruang untuk LINUS amat cantik dan apabila siap, memang akan memberi manfaat pada murid nanti. Syabas cikgu.