love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Monday, February 22, 2010

Wajarkah Kita Risau?

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kita boleh berusaha keras, menggunakan berbagai kaedah dan cara untuk mencapai kehendak kita masing-masing. Guru-Guru Tahun Satu saya sepanjang dua bulan ini, memang telah bersungguh-sungguh mengajar murid-murid kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Malah keputusan Ujian Diagnostik Program Transisi Guru Penyayang Tahun Satu yang lalu, menunjukkan hampir 65 peratus pelajar, belum lagi menguasai kemahiran asas tersebut. Dari pemantauan dan laporan yang didapati dari mereka, rata-rata, tidak ramai pelajar dapat menguasai kemahiran dalam 12 Konstruk yang terdapat dalam Program LINUS. Bimbang. Guru-guru saya amat bimbang. Mereka sudah jangka, malah amat mengetahui corak perkembangan anak-anak murid Tahun Satu ini mengikut bulan dalam setiap tahun. Mereka sudah masak dengan karenah dan kebolehan murid-murid. Mereka yang pakar. mereka yang saban hari berhadapan dengan anak-anak ini. Mereka yang arif tentang kaedah mana yang perlu digunakan untuk mendapatkan kesan yang bagaimana. Itu memang kelebihan guru-guru saya.

Saringan 1 Program LINUS akan dijalankan minggu hadapan. Anak-anak ini akan disaring menggunakan kemahiran dalam 12 Konstruk tersebut. Tekanan untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk sekolah masing-masing amat dirasakan guru-guru ini. Tiada guru yang masih bersikap selamba. Semua peka dengan Carta Gant Program LINUS. Kebimbangan mereka amat berasas. Ada guru yang memaklumkan kepada saya, terdapat sebilangan besar murid yang masih belum menguasai kemahiran mengenali abjad. Patutlah mereka kuatir. Jika saya berada di dalam situasi ini pun, saya akan tentunya bimbang.

Budaya kita melihat kepada angka yang rendah sebagai kegagalan walaupun itulah satu-satunya sikap yang sepatutnya lama sudah kita kikis dari hati dan minda kita. Guru-guru saya mempunyai alasan yang kukuh mengapa mereka bimbangkan keputusan yang akan mereka terima. Banyak mata memandang warga Tahun Satu saat ini. Ramai yang akan menilai. Berbagai andaian akan dibuat.

Apa pun keputusan Saringan Satu, pada saya, pujian amatlah perlu disalurkan kepada guru-guru ini dan juga pihak pentadbir sekolah yang begitu pantas bertindak ke atas sebarang kegusaran guru. Berbagai peringkat perbincangan telah, sedang dan akan dibuat. Guru-guru saya tidak pernah atau akan berputus asa. Sasaran mereka ialah memastikan murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas ini, walau lama mana sekalipun masa yang diambil. Percayalah. Lihatlah. Perhatikanlah.