love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Thursday, January 28, 2010

Cabaran LINUS


Saya sedang menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program LINUS di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Sepanjang tiga hari ini dan esok, hari terakhir, mesyuarat ini mendedahkan berbagai perkara berhubung dengan program ini kepada kami selaku Penyelaras LINUS di peringkat negeri. Program ini merupakan satu agenda besar negara. Jatuh bangun program ini terletak di bahu ramai pihak. Lantas, semua pihak yang terlibat ini hendaklah betul-betul memahami aspirasi yang terkandung di sebalik program yang sedang rancak diperkatakan ini. Besar tanggungjawabnya. Penguasaan yang baik dalam asas literasi dan numerasi kepada generasi muda ini amat penting bagi menentukan hala tuju negara di masa hadapan. Ini bukanlah satu perkara yang harus dipandang ringan. Sokongan dari pihak ibubapa, masyarakat, pentadbir, guru-guru, malah, murid sendiri, perlu ampuh dan utuh dalam menunjukkan komitmen untuk kejayaan bersama. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan dan ditentukan tahap kejayaannya tanpa kerja keras dan teliti dari semua pihak terbabit. Saya amat bersyukur kerana Tuan Pengarah Pelajaran kita amat prihatin dan sensetif pada kejayaan program ini di Labuan khususnya. Beliau amat bersungguh-sungguh dan mahu berbagai program berkesan dirancang dan dilaksanakan. Ketekunan dan dedikasi ini ialah untuk memastikan warga pendidik bersatu hati dan berusaha keras memastikan kadar murid yang menguasai literasi dan numerasi di Labuan ialah seawal di Tahun Satu lagi. Semoga doa semua pihak di samping usaha yang tidak mengenal jemu ini, akan membuahkan hasil. Alangkah seronoknya kita apabila semua murid kita celik literasi dan numerasi. Cerahlah masa depan akademik murid-murid di Labuan.

No comments:

Post a Comment