love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Thursday, April 15, 2010

MORFOLOGI: Pembentukan dan Penggolongan Kata

Takrif Kata
Perkataan ialah unit tatabahasa yang terkecil dan bebas. Bentuk perkataan yang mempunyai imbuhan disebut perkataan terbitan, manakala perkataan yang tidak menerima imbuhan disebut perkataan dasar (Nik Safiah Karim et. al., 2008).

Kata Dasar dan Kata Akar
Abdullah Hassan (2007) menjelaskan bahawa hampir semua perkataan dapat menerima imbuhan untuk menjadi kata terbitan. Kata yang diimbuhkan disebut kata akar. Gabungan antara kata akar dengan imbuhan disebut kata terbitan.

Kata akar ialah perkataan asal, iaitu yang tidak mempunyai imbuhan, manakala kata terbitan ialah perkataan yang diterbitkan oleh kata akar, iaitu kata yang mempunyai imbuhan. Abdullah Hassan menegaskan bahawa kata akar boleh menjadi kata dasar, seperti:

Kata Akar                                        Kata Dasar
pakai                                                pakaian
angkat                                              angkatan

Kata terbitan juga boleh berfungsi sebagai kata dasar. Contohnya, pakaian (berpakaian), berangkat (keberangkatan), dan peroleh (perolehan) (Abdullah Hassan, 2002). Perkataan terbentuk daripada dua unsur bahasa, iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Contohnya, ber-, me-, dan men- ialah morfem, bukan perkataan kerana unsur bahasa ini mempunyai fungsi tatabahasa tetapi tidak mempunyai makna.
 
Tentang perbezaan antara konsep kata akar dengan kata dasar, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) menjelaskan bahawa kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu perkataan, yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contohnya, bangunan (bangun), pendirian (diri), dan bersenam (senam). Kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan penambahan atau imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada kata akar, kata akar dengan imbuhan, kata akar berulang, dan kata majmuk. Contohnya:
a) Kata akar: tunjuk (pertunjukan), raja (kerajaan)
b) Kata akar dengan imbuhan: perkembang (perkembangan), kebumi
    (pengkebumian)
c) Kata akar berulang: main-main (mempermain-mainkan), ingat-ingat
    (teringat-ingat)
d) Kata akar majmuk: surat khabar (persuratkhabaran), gambar rajah
    (menggambarajahkan)

Huraian di atas adalah selari dengan penjelasan Abdullah Hassan (2002), yang menyatakan bahawa ada tiga cara kata akar dapat dijadikan kata terbitan, iaitu a) kata akar diimbuhkan: ajar (pengajar, diajar, mengajar, ajaran, pengajaran); b) kata akar digabungkan dengan kata akar lain: tanggung + jawab (tanggungjawab), setia + usaha (setiausaha), kaki + tangan (kakitangan), dan dari + pada (daripada); dan c) kata akar itu digandakan: rumah (rumah-rumah) dan gunung (gunung-gunung). Rumusannya, kata terbentuk menerusi empat cara, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

No comments:

Post a Comment