love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Tuesday, February 9, 2010

Kesungguhan Guru-Guru Tahun 1 WP Labuan

Telah banyak diperkatakan tentang Program LINUS ini. Secara peribadi, saya kagum dengan kesungguhan guru-guru Tahun 1 yang telah didedahkan dengan berbagai maklumat mengenai proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar LINUS nanti. Sepertimana kesungguhan mereka mengajar pelajar-pelajar KIA2M dahulu, begitulah kelihatannya untuk program ini. Apabila bersama mereka, teruja kita dibuatnya mendengarkan langkah-langkah yang telah mereka aatur sekiranya mereka perlu menghadapi pelajar-pelajar LINUS nanti. Tinggi semangat mereka. Pn.Janawati dari SK Bukit Kalam sudah lama dianggap 'sifu' dalam mengajar murid Tahun 1. Kak Norilla dari Sungai Bedaun memang tidak pernah disangkal. beliau mempunyai kaedah sendiri dalam memastikan pelajar-pelajar tidak buta huruf. Beliau pernah membentangkan kaedah pengajaran mudah faham yang diciptanya sendiri. Ada 12 model semuanya. Beliau ini mudah berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sahaja. Pn.Minah pun sudah lama mengajar dan berpengalaman luas. Beliau mudah menakul pelajar. Pn.Rohana yang sentiasa anggun berpakaian, memang prihatin pada budaya pembelajaran anak-anak muridnya.

Pn.Fauziah dari Rancha-Rancha tidak pernah menyifatkan penukaran suasana mengajar dari Sekolah Menengah ke Sekolah Rendah membebankan. Kesungguhan beliau mengenalpasti zon-zon masalah murid, memang saya ketahui dari dahulu lagi. Beliau benar-benar berusaha untuk kemajuan pelajarnya. Rajin guru ini. Si Faridah dari Layang-Layangan selalunya lambat laun selalu menyahut cabaran saya. Dari hiasan kelas, sehinggalah dalam hal ehwal menghantar data. Pn Yang dari Chung Hwa tidak boleh dipertikaikan juga. Rajin, tekun dan kuat berusaha, Pn.Ma langsung tidak perlu bimbang tentang prestasi beliau. Memang tidak mudah mengatasi masalah pelajar-pelajar di sekolahnya, namun memang beliau tidak mudah putus asa.

Di Lubok Temiang, Pn.Maswati mengetuai barisan guru-guru Tahun Satu. Begitu juga guru-guru yang lain yang tidak kurang kesungguhan dan usaha mereka mengatasi masalah tidak menguasai menulis dan membaca ini. Kita bertuah kerana mempunyai barisan guru-guru lama dan baru yang sedia untuk menggalas tugas yang amat berat ini. Pn.Norain dari St.Anne, Pn.Haslinah dari Pekan 2, Pn.Norilla dari Patau-Patau, Pn.Rozlin dari Tg.Aru, Pn.Noni dari Bebuloh, Pn.Nurul dari Membedai, Pn. Jamillah dari Sg.Lada dan Pn.Nafia dari Kerupang. Tidak ketinggalan Hezri seorang sahaja guru lelaki yang bersama-sama dengan kumpulan guru-guru ini. Walau bidang beliau lebih kepada pemulihan, beliau tidak pernah keberatan untuk sama-sama menimba dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan guru-guru lain.

Bah, semoga semangat kawan-kawanku ini tidak luntur atau berkurangan sedikitpun. Selamat bertugas.

No comments:

Post a Comment