love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Monday, January 18, 2010

Perbelanjaan Berhemah.

Dalam mesyuarat pengurusan kewangan yang baru sahaja dijalankan pada pagi ini, tuan Pengarah Pelajaran telah melahirkan rasa hati dan keprihatinan beliau mengenai keperluan berbelanja secara berhemah untuk tahun 2010 ini, samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat jabatan. Apa yang beliau perkatakan adalah hakikat yang perlu diterima oleh warga pendidik sekelian. Melihatkan jumlah peruntukan yang diturunkan ke WP Labuan, berbanding dengan tahun 2009, memanglah menggusarkan. Adalah agak susah untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan yang telah dirancang dalam SKT untuk tahun 2010 ini, khususnya perancangan pembangunan akademik dengan peruntukan yang begitu sedikit diterima. Hatta, langkah-langkah berjimat cermat yang disarankan beliau, walaupun mungkin kedengaran payah untuk ditelan, adalah sesuatu yang wajar untuk di fikirkan secara lebih mendalam.

Apapun, kita sebagai pelaksana tanggungjawab, wajarlah memikirkan dan mencari jalan yang terbaik untuk memastikan program-program memperkasakan dan mengukuhkan perkembangan prestasi akademik warga Labuan tidak terjejas. Kita pelaksana, tidak mustahil dengan berbagai pengalaman yang kita ada, kita dapat melakukan yang terbaik di dalam situasi sedemikian. Pegawai-pegawai di jabatan umpamanya. Kita dulu guru. Masih lagi Guru. Guru sentiasa kreatif dan inovatif dengan cara kita sendiri untuk emamstikan kejayaan anak bangsa. Semoga situasi ini tidak berpanjangan. Insyallah, warga Labuan boleh.

1 comment: