love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Wednesday, January 20, 2010

Merperkasakan Bahasa Inggeris Dan Memartabatkan Bahasa Malaysia


Satu lagi program Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu memajukan dunia pendidikan di Malaysia, seiring dengan pemesatan persaingan dunia teknologi sekarang ini. Program ini apabila didalami dan difahami, akan menjadi pemangkin kepada kepesatan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah. Untuk Labuan, bagi memastikan dunia pendidikan warga Labuan tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan ini, berbagai usaha yang melibatkan kerjasama berbagai pihak telah diatur.

Ini mengingatkan saya kepada jasa-jasa guru-guru di Labuan yang selama lebih sedekad ini, telah memerah keringat, berkongsi idea dan pandangan selain dari berkorban dalam banyak perkara. Semua ini semata-mata untuk membantu pihak jabatan memastikan warga pendidik Labuan maju dan membudayakan pendidikan berkesan.

Kepada semua Jurulatih-Jurulatih Utama yang telah dilatih dalam berbagai mata pelajaran, khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, jasa tuan puan tidak akan pernah dilupakan. Perjalanan kita masih jauh dalam memastikan penambahbaikan alam pendidikan anak-anak kita diutamakan. Tuan puan telah banyak menyumbang, masih sedia menyumbang dan tentunya akan menyumbang lagi.

Kepada Pn.Siti Zahara, Pn.Wan Shariha, Pn.Rodziah, Pn.Nurul, Pn.Rohana, Pn.Zaleha, Pn.Matilda, Pn.Faridah, Pn.Khatijah, Pn.Simah, Pn.Janawati, Pn.Jamalia, Pn.Hamidah, Pn.Norhasheila, Pn.Noraliza, Pn.Janet, Pn.Hajayti, Pn.Norela, Pn.Juliana, Pn.Chin, Pn.Jasintha, Cik Suriani, Cik Ratna, Cik Yoke Peng, Cik Lim, Cik Pamela, ramai lagi lah, tak tersenarai di sini. Mereka ini selalu diiringi oleh En.Yahya, En.Hasnan, En.Justin, En.Jaafar, En.John, En.Ashraf, En.Cheah, En.Zamri dan ramai sangat lagi. Walau tidak sempat dirakamkan, mereka semua tetap di hati. Kepada sesiapa yang tidak mengenali dan mengetahui,  mereka adalah tulang belakang kejayaan bahasa-bahasa di Labuan.

Sekalung tahniah kepada mereka dan anda semua yang akan tetap. Jom kerja lagi.

No comments:

Post a Comment