love

love
the love of my existance

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Blog ini khusus diwujudkan sebagai ruang untuk meluahkan cetusan idea dan menyalurkan perbincangan kreatif dan inovatif untuk melestarikan peningkatan kualiti pendidikan, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa di WP Labuan.


MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

MJ BOWLING TOURNAMENT 2010

Saturday, January 16, 2010

Majlis Penutupan Program Transisi Guru Penyayang SK Layang-Layangan

Majlis ini telah diatur dengan begitu baik sekali. Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK program yang jelas telah bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar. Dari mula melangkah masuk ke kawasan sekolah, kelihatan sudah gemilangnya acara pada pagi ini.

Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG, En Sudin Samad, diserikan dengan persembahan cilik anak-anak Tahun 1. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak ini menggambarkan keyakinan yang berjaya diterapkan oleh guru-guru sepanjang tempoh program transisi ini dilaksanakan.

Harapan saya ialah guru-guru dan anak-anak ini meneruskan semangat untuk cemerlang dan gemilang di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Tidak mustahil jika 5, 8, 10 tahun akan datang, anak-anak ini la yang akan mewarnai pentas kejayaan negara. Merekalah pewaris bangsa.

Syabas dan terima kasih warga SK Layang-Layangan.

1 comment:

  1. Terimah kasih atas laporan segera dengan memasukkan Program Transisi Tahun 1 SK Layang-Layangan dalam blog ini. Tahniah juga diucapkan dengan taklimat LINUS yang telah disampaikan kepada PIBG SK Layang-Layangan sebentar tadi.

    ReplyDelete